Bulan Mac tahun lepas, empat murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Behrang 2020 merangkul Anugerah Emas pada pertandingan reka cipta dan inovasi peringkat antarabangsa yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah, yang berakhir semalam.
Darwish El Farris Ahmad Zaini, 10; Ahmad Thaqif Aisar Abd Hadi, 11 serta Muhamad Aiman Azeze dan S Khartikgesan, masing-masing berusia 12 tahun, dengan dibimbing guru Sains, Dr S Shantarasekaran, 43, merangkul anugerah itu melalui inovasi
penyedut minuman bio dihasilkan daripada daun serai dan kertas bagi menggantikan penyedut minuman plastik.Inovasi mereka memikat hati juri pada pertandingan ‘I
nternational Student Affairs Invention Innovation and Design Competition’ (I-SAAID) yang disertai 350 pelajar dari Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Shantarasekaran berkata, penyedut minuman semulajadi dikenali sebagai
‘Ecosegar Bio Straw’ itu bersifat mesra alam selain mempunyai aroma yang unik apabila digunakan berbanding penyedut minuman diperbuat daripada plastik.
“Penyedut minuman bio ini jika dibuang boleh lupus dengan selamat kerana ia dihasilkan dengan menggunakan bahan semulajadi iaitu daripada daun serai bersama kertas.
“Idea untuk mencipta penyedut minuman bio ini dibuat melalui perbincangan dengan murid yang merasakan ciptaan ini bukan saja mampu memenangi pertandingan tetapi boleh memberi manfaat kepada masyarakat hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, penggunaan penyedut minuman bio dapat membantu mengurangkan pencemaran berbanding penggunaan bahan plastik yang sukar dilupuskan dengan mudah.
Katanya, selain itu jika penyedut minuman bio itu digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian ia secara tidak langsung akan dapat membantu golongan petani dan masyarakat kampung yang mengusahakan tanaman serai kerana tanaman itu akan mendapat permintaan lebih tinggi.
Bulan April tahun lepas keluar pula berita menerusi World Of Buzz, seorang lelaki dari Vietnam, Tran Minh Tien, berkongsi cara dia menghasilkan straw daripada rumput liar.
Straw rumput ini juga mempunyai dua versi iaitu kering dan segar.
Straw rumput yang baru dipotong boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga dua minggu dan seminggu dalam suhu bilik.
Bagi yang kering pula, dapat bertahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga enam bulan.
Akhir tahun ini, awal 2020, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr Suryati Sulaiman, berkata inovasi menggunakan pokok kercut atau pokok purun itu dihasilkan sekumpulan 10 pelajar peringkat diploma dan ijazah sarjana muda membabitkan kajian penggatian isu straw plastik.
Katanya, kajian terbabit dijalankan
mulai 2012 sebelum siap sepenuhnya pada tahun lalu.Beliau berkata, hasil usaha diterajui pelajar Kelab Iskandar UMP itu ternyata amat menggalakkan apabila straw pokok kercut terbukti sesuai dan selamat digunakan, selain mesra alam.
“Setiap straw pokok kercut sesuai digunakan sekali saja. Lebih menarik lagi, ia hanya mengambil masa antara satu hingga dua minggu untuk terurai secara semula jadi seperti yang berlaku pada tumbuhan rumpai.
“Penghasilan straw pokok kercut yang mempunyai empat saiz membabitkan lapan proses,” katanya yang juga penasihat utama Projek Straw Mesra Alam berkenaan.
Tapi ada orang politik guna perkara ini untuk menjadikan isu sedangkan banyak kajian diperlukan sebelum bahan ini menjadi penganti kepada plastik.
Dunia politik lebih utama 'manipulasi' daripada 'kebaikan dan kebenaran'
0 Comments