Umum sedia faham yang OK merupakan jawapan paling ringkas apabila ditanyakan sesuatu soalan. OK menunjukkan signifikasi yang anda faham tentang soalan yang ditanya atau menyatakan ya kepada sesuatu. Walaupun sudah ringkas, ianya diringkaskan lagi oleh orang kita apabila cuma ‘K’ sahaja yang tinggal. ‘K’ biasanya akan dijumpai melalui balasan pesanan menerusi SMS atau WhatsApp.
Saban hari kita menggunakan perkataan OK ini dan adakah kita tahu maksud OK ini? Adakah ianya mempunyai maksud tersendiri yang kita sendiri tidak tahu? Jadi mari kita ambil tahu sedikit tentang sejarah perkataan ok ini.
Ada dua versi cerita mengenai perkataan OK atau Okay.. Satu lawak punya satu yang sebenar. Ok kita lihat versi lawak.
Versi Lawak...
Sir Thomas Stamford Raffles (1781-1826)
Pada tahun 1811 dilantik oleh Ratu England sebagai Leftenan Jeneral Hindia Timur dan dihantar ke Indonesia.
Setelah Raffles memeriksa kesediaan rombongannya, dia berseru:
Tidak ada yang menjawab kerana kumpulan itu tidak memahami bahasa Inggeris.
Raffles meminta penterjemah untuk menterjemahkan ke dalam bahasa Jawa kemudian penterjemah itu berseru: "opo kowe wis podo siap ..? "
Dia ingin mengulang pertanyaan itu dalam bahasa Jawa tetapi mengalami kesukaran untuk mengucapkan kalimat Ojo Kuwatir, kemudian menyingkatnya.
Raffles berteriak: "Are you O.K..?"
Raffles menjerit lagi dengan kuat: Are you O.K....?



Versi sebenar
Ianya bermula di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat pada hujung tahun 1830an di mana editor-editor akhbar suka untuk mencipta singkatan (akronim) kepada istilah untuk diisi dalam ruangan akhbar mereka antaranya OW (all right) dan WOOOFC (with one of our first citizens).
Pada 23 Mac 1839, istilah OK telah diperkenalkan buat pertama kali dalam akhbar Boston Morning Post untuk memberi maksud all correct (Oll Korrect). Ejaan all correct dieja sedemikian sebenarnya hanyalah satira akhbar berkenaan tetapi nampaknya, perkataan OK survived sehingga sekarang berbanding istilah singkatan yang lain.
Tetapi teori berkenaan ok bukan hanya datang dari akhbar Boston
Morning Post ini sahaja. Satu lagi teori adalah dari seorang rakyat
Amerika bernama Martin Van Buren. Beliau adalah salah seorang calon
untuk bertanding dalam pilihan raya di tahun 1849. Beliau mempunyai nama
panggilan ‘Old Kinderhook’ dan ada mengatakan bahawa Buren adalah
seorang yang tidak pandai mengeja. Jadi setiap dokumen yang beliau
terima, beliau akan tanda ‘OK’, dengan maksud all correct.
Sedekad dari tarikh ini, ramai yang mula menandatangani dokumen mereka
dengan ok dan menggunakan terma ok di telegraph bagi menandakan semuanya
dalam keadaan baik. Kini masyarakat memandang ok sebagai sesuatu yang
mudah untuk ditulis dan dicakap sambil memberi makna YA yang cukup
jelas.
Pada awalnya ramai yang skeptikal untuk menggunakan istilah ok untuk urusan rasmi kerana tidak mahu dipandang sebagai tidak pandai. Mana tidaknya, all correct ditulis ok. Nampak sangat seperti anda tidak tahu mengeja all correct dengan betul.
Tetapi menjelang abad ke-20, ok sudah menjadi satu istilah yang mainstream
dan diguna pakai oleh setiap individu. Istilah ok ini memudahkan
komunikasi harian kerana ianya diguna pakai di seluruh dunia. Anda sebut
sahaja ok di Bangkok, London, Tokyo atau Dubai, mereka akan faham ianya
cara untuk menyatakan kata sepakat atau ya tanpa perlu bercakap lebih.
0 Comments