Cuti PKPB ini anak lelaki aku semua ada di rumah. Yang tingkatan 4, sebelum ini di MTQT. Yang lelaki dia seorang lagi belum ada lesen kereta. Tahun depan baharu boleh ambil lesen. Jadi semasa ke Masjid/Surau dia minta nak belajar kereta. Aku beri aje... Nasib baik tak ada yang ambil gambar, viral di fb ini boleh ditangkap polis pasal biarkan anak bawah umur bawa kenderaan tanpa lesen.
Dua kali bawa dia terus boleh bawa dengan baik. Dia mula 'gong' (ego). Subuh semalam aku ke Masjid Sura Lama. Ada tempat parking dibucu tak ada orang masuk parking. Di situ memang orang tak suka sebab payah nak keluar. Aku terus masuk parking di situ dan cakap nanti balik "buat keluar" (dia akan pandu balik nanti) sebab sini payah.. nak uji kata aku.
Selesai solat subuh aku beri kunci dan berpesan payah sikit pasal tepi ada batu, dan sebelahnya ada kereta.. aku lupa nak sebut belakang ada pokok. Dia pun keluar aku lupa nak beritahu untuk mana-mana parking susah kita kena lihat dulu keadaan kedudukan kereta. Dia ni dapat kunci terus masuk. Tak sempat nak cakap terus bunyi bergegung sangat kuat... apa lagi kena pokok belakang.
Aku keluar lihat, 'parah' (teruk) juga lampu belakang kanan pecah, skirting pecah, bumper belakang terherot dan terbuka pin. Parok jugalah...
Oleh kerana dia tak keluar, dia masih 'kofiden' memandu sehingga kami ke warung untuk sarapan. Bila sampai di warung dia keluar lihat keadaan kerata.. dia mula panik dan balik tu dia tak nak memandu... Aku cuba motivasi sepanjang perjalanan.
Dua perkara ku sebut kepada anak aku. Pertama redha dengan ketentuan Allah dan yang kedua bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t. beri kepada kita. Dua perkara ini mudah disebut tapi payah nak diamalkan.
Bila kita redha, kita tak rasa bersalah, panik atau kesal. Kita akan rasa rileks dan kita hanya berfikir apa sebenarnya hikmah disebalik kejadian itu.
Aku cakap mungkin ALlah berikan perlanggaran sikit untuk elak perlanggaran yang lebih besar. Dia macam tak faham. Aku cakap jika 'mung' (aku guna mu aje kepada anak-anak aku) berjaya keluar drp parking tadi 'mung' akan 'gong' dan rasa hebat. Rasa hebat itu membuatkan mung lalai. Jadi bila berlaku perlanggaran mung akan serik dan berhati-hati selepas ini.

Sebenarnya pokok apa yang berlaku itu adalah sebab untuk mati atau rosak. Kereta itu dibeli tahun Ogos 2008. Umurnya dah lebih daripada 12 tahun. Sampai satu masa dia pasti akan rosak atau 'mati'. Jadi bagaimana dia mati hanya mencari sebab sahaja.
Aku dulu ada menulis tentang murah rezeki... Satu poin aku sebut rezeki murah itu ialah barang yang kita guna susah nak rosak dan tahan lama. Tapi lama mana pun dia akan menemui tarikh ajalnya.
Teringat kisah mistik daripada kawan mistik.
Cerita kisah benar ini aku ubah suai sikit untuk menutupi orang yang berkaitan. Ada seorang tua sekitar 70an yang masih 'kelaut' (buat kerja nelayan). Dia sangat hebat masih keluar kelaut dengan bot kecil seorang diri walaupun ombak bergelora.
Aku masih ingat lagi ditangga masjid lama (masjid yang dijadikan surau kerana ada masjid baharu) Orang surau perli dia "Pak cik Man (bukan nama sebenar) mung tua dah jadilah ke kelaut.. biar budak mudalah buat kerja kelaut" Dia tak balas hanya tersengih. Dia memang jenis orang tak banyak bercakap. Orang suka berkeja jarang banyak cakap.
Beberapa bulan kemudian dia sakit tak boleh bangun. Kakinya sentiasa kebas dan sakit. Setelah tak berjaya pelbagai ubat keluarga jumpa bomoh. Bomoh cakap dia terkena perbuatan orang. Bomoh cakap nak buat kepada dia ni...
Bomoh tunjuk anak perempuan sulong pak cik tu yang dah ada 5 - 6 orang cucu. Macam lucu. Cerita habis di situ.
Aku bila dengar cerita ini macam tak percaya. Aku ni bukan kaki bomoh.
“Barangsiapa yang mendatangi dukun atau tukang sihir lalu mempercayai apa yang dikatakan olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w” ( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dri Abu Hurairah r.a)
Tapi jangan salah anggap, ada bomoh mengamalkan rawatan secara Islam mengikut syara'. Perawatan Islam mengamalkan kaedah penyembuhan berteraskan Al-Quran dan sunah yang pada kebiasaannya menggunakan medium atau bahan-bahan hanya sebagai syarat ikhtiar dalam mengubati penyakit. Yang ini ok.
Aku macam ghairah nak tahu, aku hubungi kawan mistik aku. Aku cerita pasal bomoh cakap nak buat (sihir dihantar) kepada anak sulong yang dah ada 5-6 cucu.
Kawan aku cakap betul apa bomoh itu cakap. Dia cerita panjang lebar pasal perbuatan sihir dan peranan jin. Dia cakap kalau barang sihir ditanam 30-40 tahun sihir itu masih boleh berfungsi jika dilangkah atau terpijak misalnya.
Dia cakap mungkin barang sihir yang ditanam, teralih atas faktor beberapa faktor termasuk cuaca atau binatang dsbnya. Tiba-tiba ditakdirkan pak cik itu terpijak dan sahir itu berfungsi.
Aku tanya boleh berubat ke?
Dia kata 'mung bodoh'
Celaka... dia kata aku bodoh bila tanya boleh berubat tak.
Aku tanya serius ni...
Dia jawab pak cik umur berapa?
Aku kata sekitar 70an kot..
Dia kata itu tanda dia nak mati. Dia cerita panjang lebar pulak pasal mati. Ada budak baru lahir mati, ada budak sekolah mati. Mati ni tak kita muda atau tua.
Aku pun cakap Mahathir tak mati-mati.. Kami gelak (Skrip ni sebenarnya tak ada aku tambah aje.. buat sedap cerita)
Dia cakap ada orang mati kerana kanser, ada mati kerana berlanggar, ada mati kena sihir atau santau. Tapi sebenarnya sudah sampai ajal untuk mati. Malaikat maut yang ambil nyawa tak dipersalahkan atau isu ini.
Saidina Hamzah mati kena tombak. Khalid Al Walid berperang hebat sehingga tak ada kawasan tubuhnya tak luka tapi tak mati oleh senjata...
Bukan semua kena sihir itu akan mati, bukan semua orang tua sakit itu akan mati. Tapi sebagai manusia kita kena sedar akan kematian yang mencari sebab sahaja untuk kita menemuai Allah s.w.t. Menginggati akan mati atas apa musibah yang berlaku adalah satu jalan terbaik untuk kita sentiasa bertaubat dan menginggati Allah s.w.t.
Hasil perbincangan aku dengan kawan mistik aku, aku jumpa salah seorang anak pak cik ini dan cerita macam kami bincang asbab (sebab-sebab) mati dan aku cakap masa ini dia berpeluang untuk berbakti kepada ayahnya sebelum ajal. Akhirnya alhamdulillah anaknya ikut pandangan aku dia sempat berbakti kepada ayahnya sebelum ayahnya meninggal dunia. Dia sanggup ambil cuti. Aku difahamkan ayahnya mati atas riba dia. Bersyukur alhamdulillah semuga ALlah berkati roh Pak Cik Man.
Bebalik pasal kereta tadi...
Agaknya kereta itu nak cari asbab untuk meninggalkan aku.

0 Comments