Aktiviti melukis memerlukan bilik khas. Memang menyusahkan jika bilik seni tidak dapat digunakan disebabkan pengurus bilik yang cerewek dan tidak cekap. Peruntukkan seni juga tidak dapat dimanafaatkan sepenuhnya kepada pelajar sedangkan kerajaan telah memberikan peruntukkan mengikut 'kepala' pelajar.
Tidak adil jika hanya pelajar terlibat dengan peperiksaan sahaja dibenarkan guna bilik seni sedangkan diabaikan hak pelajar yang lain.
Sebagai inisiatif aku terpaksa guna bilik darjah; sebelum ini aku guna makmal komputer. Apa situasi sekali pun yang penting pelajar diberikan pendedahan untuk mendapatkan teknik melukis dengan betul. Hebatkan?
Pelajar tingkatan 1 Intan 2 dengan lukisan pisang dan epal (bawah) dan pelajar 1 Intan 1 dengan belalang (gambar diatas).
Aku bukan cikgu PSV, jadi aku buat aje nota dengan CorelDraw... lepas tu print dengan printer HP LaserJet 4350n. Yang penting ada PdP dan aku telah menjalankan tugas taklah makan gaji buta...
0 Comments