About Me

header ads

Mengajar PJK Tingkatan 5


Tahun ini aku diberikan subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Sepanjang hampir 26 tahun aku menjadi guru 2 kali aku diberikan subjek PJK. Sekitar tahun 2000 aku pernah juga diberikan subjek PJK tingkatan 4 tapi sempat setahun aje.

Tahun ini aku diberikan 2 kelas subjek PJK tingkatan 5 kerana guru lelaki yang terlibat dengan Tingkatan 6 tidak dibenarkan mengajar kelas lain.

Bila menjadi guru PJK aku kena ada pakaian sukan. Kasut sukan pula kebetulan harijadi aku dihadiahkan oleh anak aku (tapi duit emak dia). Nak kata semangat tak juga sebab aku bukan minat sangat dnegan sukan dan permainan.

Dulu semasa sekolah aku selalu menghilangkan diri (bukan ponteng) bila waktu PJK ke Library atau bilik kosong untuk buat kerja atau subjek lain. Banyak kali juga kena tangkap dan denda oleh cikgu PJ.

Mengajar PJK Tingkatan 5 rupanya rileks pasal banyak kali bila kelas PJK ada cikgu-cikgu subjek lain minta kelas nak buat kelas tambahan kerana tertinggal atau nak habiskan selibus. Bulan puasa sebulan tak PJ. Hanya jika ada ujian Segak aje kelas berjalan dengan lancar.

Tapi paling boring bila semangat nak PJ tiba-tiba pintu stor bilik PJK terkunci, manakala cikgu pengurus bilik kesemuanya sedang kursus dan berada luar sekolah.

Akhirnya budak lepak dan aku pula tak banyak tahu persedian teori untuk subjek ini.



Tapi cikgu Yusnizam memang best, tak ada peralatan sukan/PJ kerana setor terkunci dia boleh ajar pelajar secara teori dan pelajar dia 'minat' pula nak mengikuti kelas teori PJK... ini kira hebat!!

##

Post a Comment

0 Comments