About Me

header ads

Gadget kabel untuk smartphone atau tablet (VGA, USB dan HDMI)


Saya selalu ditanya "boleh tak tablet saya disambung ke projetor?" Jawapan boleh tapi masalahnya apakah alatan (gadget) yang diperlukan untuk kerja penyambungan ini.

Satu lagi masalh ialah kebanyakkan projetor sekolah (versi lama) tidak mempunyai connetor HDMI (High-Definition Multimedia Interface). Apa dia HDMI? satu connetor yang boleh menghantar video dan audio sekali berbeza dengan VGA (Video Graphics Array) yang hanya menghantar video sahaja tanpa suara.



Paling muda boleh dilihat pada laptop untuk membezakan VGA, HDMI dan satu lagi USB (
Universal Serial Bus).

sebelum saya lanjutkan perbincangan lebih suka kita lihat dulu jenis-jenis USB. mungkin ada dikalangan kita ingat USB tu macam yang ada di laptop aje!


USB diguna mengikut jenis dan biasa kita guna hanya kita mungkin tak tahu itupun USB juga rupanya. Misalnya printer biasanya menggunakan USB type B. Satu lagi USB ini ada jantan (male) dan betina (female)...  Kalau kita renung sejenak sambil lihat designnya kita boleh kenal yang mana jantan dan yang mana betina... tak payah letak dalam basen berisi air macam filem P. Ramlee!Sekarang USB 3.0 seperti gambar di atas makin digunakan sebab transfer datanya 10x lebih laju, USB 3.0 sebenarnya boleh digunakan dengan kabel micro USB untuk mengecas yang ini saya akan tulis dalam tajuk khusus.

Dah tahu USB kena tahu pula jenis-jenis  HDMI. Penggunaan biasa lebih tertumpu kepada HDMI (type A), mini HDMI (type C) dan micro HDMI (type D).

Bagaimana nak sambung smartphone atau tablet ke peralatan lain?? Saya fokus peralatan terkini kebanyakkannya menggunakan micro USB dengan syarat smartphone/tablet ini support (membolehkan akses) OTG (
On The Go) dan MHL (Mobile High-Definition Link).  Sebagai contoh Samsung Galaxy Tab 3.0 7 inci tidak support OTG dan MHL.. kesianlah siapa yang membelinya. Samsung Note kebanyakkan support OTG dan MHL. Pasal tu harga kadang kala berbeza.

micro USB to USB

Kita bincang kegunaan OTG dulu. Lihat gambar di atas. Kabel ini berharga sekitar RM10. Boleh digunakan untuk menyambung pendrive kepada smartphone/table. Boleh juga guna untuk keyboard, mouse, printer dll.

micro USB to HDMI

Sekarang kita lihat kegunaan MHL pula. Lihat gambar di atas (kabel hijau). Kabel ini berharga sekitar RM25. Boleh digunakan untuk menyambung ke projetor LCD yang ada HDMI atau ke TV yang ada HDMI. Pada kabel ini ada satu port USB yang kena sambung kepadanya untuk bekalan power (kuasa) menjalankan fungsi MHL. Ada satu lagi (kabel putih) jenis yang guna changer (micro USB) bukan USB biasa bagi bekalan power.
micro USB to VGA

Bagaimana pula dengan projektor yang tidak ada HDMI sekadar ada VGA sahaja. Yang ini perlukan kabel seperti di atas. Harganya sekitar RM79.90. kabel ini memerlukan mini USB untuk bekalan kuasa, Maknanya ambil charger handphone 'sumbat situ'..
Video ini membantu sebahagian daripada penerangan di atas.



Tadi android sekarang kita ke gadget windows pula.

Acer Iconia W4 dengan windows 8.1 dan paparan skrin 8 inci boleh digunakan untuk projektor dengan menggunakan kabel yang hampir sama iaitu mini HDMI to VGA. Lihat gambar di bawah.
micro HDMI to VGA

Kabel 
micro HDMI to VGA yang boleh dibeli dengan harga  sekiar RM63 tidak memerlukan sumber bekalan
power. Satu lagi kelebihannya seperti yang saya tulis di atas HDMI menghantar audio sekali dengan video.
 


Satu lagi boleh juga dapatkan micro HDMI to Famale HDMI seperti gambar di atas. H
arganya sekitar RM11. Kegunaannya jika kita nak sambung projektor yang jauh memerlukan satu kabel sokongan HDMI to HDMI yang panjang 30 meter berharga sekitar RM180.


Saya 
rasa setakat ini dulu... dah lapar nak sarapan dulu.
















Post a Comment

26 Comments

  1. Salam. Cgu. Mano tmpat kito nok orde kabel usb vga tuh. Ambo rso nk bli sbutir .tq

    ReplyDelete
  2. Boleh beli di lelong.com.my - cg Zul

    ReplyDelete
  3. lenovo p780 support otg @ mhl x?

    ReplyDelete
  4. nk beli kabel tu camne yer? dh cari kat lelong.my...tak jumpa

    ReplyDelete
  5. ini cth link tapi cari yang harga murah. Link mahal

    http://www.lelong.com.my/micro-usb-to-vga-3-5mm-audio-mhl-adapter-galaxy-s2-note-tv-video-doinfinity-K1615215-2007-01-Sale-I.htm

    ReplyDelete
  6. saya nak tanya .. kalau smartphone sambung ke tv pakai kabel yang mane?

    ReplyDelete
  7. Jika tv ada vga connection boleh guna micro usb to vga. Jika tidak guna micro usb to hdmi bagi tv yang ada hdmi

    ReplyDelete
  8. Saya nak sambung smartphone dengan skrin monitor boleh tak. Cpu PC rosak. Nak tengok melalui phone kecik la bebenor.

    ReplyDelete
  9. Saya nak tanya..saya pakai phone samsung galaxy mega 2 ...tp sy bca spec dy...xde mhl...so phone sy xleh guna kabel hdmi laa kn?? Mcmmna sy nk bg bleh guna kt phone sy ye...mntk tlg tuan...

    ReplyDelete
  10. Boleh tak kalau microphone studio pasang pada telefon

    ReplyDelete
  11. Salam bro.
    Saya guna Lenovo S930..kalau nak sambung TV macamana? Guna kabel apa dan sambung kat mana pd TV.tq

    ReplyDelete
  12. Salam bos, kalau guna kabel micro usb dan hdmi terus sambung dengan tv?

    ReplyDelete
  13. Salam.sy nak tanya mcm mn nk guna kat kereta.kereta sy ada hdmi.cm sy tak tahu cable apa nk beli nk smbg dr tel.sy guna hp smsung j7, n note 2

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Lenovo k4note x boleh la
    ..bokeh bg cara nya atau yg lain sanbungan ke tv

    ReplyDelete
  16. Salam.
    Sy nak smbungkan ipad air sy ke prjektor. Sy perlu beli kabel yg mana ye.. Sbb contoh kat atas tu samsung tab..sy takut ipad pakai cable beza..silap beli pulak..hrp sudi mmbantu sy.tqia.

    ReplyDelete
  17. Salam,
    Saya nak tanya..
    Saya guna phone vivo v3,boleh ke, kalau nak sambungkan ke tv, guna cable tu

    ReplyDelete
  18. Salam, tuan ... Kabel yg mane yang perlu utk connect laptop vga ke projektor HDMI ... Sya ade beli satu converter vga to HDMI kemudian satu kabel HDMI di dua2 side ... Tpi x dpt disply ke skrin ...

    ReplyDelete
  19. bole guna miracast untuk projektor/tv yg mempunyai HDMI

    https://www.cnet.com/how-to/miracast-everything-to-know-about-mirroring-android/

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum admin..saya guna oppo f1s..hp ni cuma ada OTG shj..tp saya ingin tgk movie di hp kpd tv..tv ada support hdmi..mcm caranya nk instal..boleh admin bg senarai cable yg mesti saya beli..sekian terima kasih..assalamualaikum

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum admin..saya nk mtk tunjuk ajar..sya ada oppo f1s..hp ni cuma ada OTG shj..sya ingin tgk movie hp sya pd tv..tv ada hdmi..mcm cara nk instal..tlg admin senaraikan brg yg mesti ada..sekian tima kasih..assalamualaikum

    ReplyDelete
  22. Saya ada beli mcm cable yng warna hijau tu. Tapi detect kat tv. Saya guna tv led dan hp asus. Kenapa ye tak dpt ye tuan

    ReplyDelete
  23. Saya mau nanya apakah hp lenovoaa5000 bisa support kabel adapter aux

    ReplyDelete