Aku banyak kali buat catatan untuk rangkaian network di sekolah tapi malangnya jenis 'cakdus' (gopoh dan tak kemas) kadang kala catatan entah ke mana? Jadi aku rasa paling baik buat catatan ialah menggunakan maya (sekarang orang sebut cloud). Simpan di blog rasanya sukar untuk hilang. Kalau aku tak ada orang lain boleh rujuk blog aku... untuk buat setting apa-apa...... 'femes'lah blog aku!! he he
Sekolah aku guna 4 talian telefon dengan bonding kepada satu menggunakan "securework". Rasanya natang ni mahal sekitar RM8K. Aku belum lagi 'camek' (explorer.. walaupun cdnya dah ada). Dulu masa tmnet tak kedekut, aku dapat satu modern 2Mb line jadi bolehlah sekitar max 8Mb... tapi 'lenning' (sekarang) tmnet bagi sekitar 1MB sahaja... bolehlah cukup makan 4Mb.
Ini dia securework.. rasanya dah 5 kali rosak, pening syarikat nak ganti sebab harga mahal... bila habis geranti alat tak rosak... pandai pula aku menjaganya (..yang cerdik pasti faham...)
Aku pening dengan syarikal Kabes yang kerja tak tahu tapi cakap berlagak lebih!!! Setting network sekolah aku hancur!!! Bila dia orang buat laporan kata aku yang 'camik'. Celaka!!! Aku masa tu mana ada di sekolah sibuk dengan En. Ramlee buat e-pantau online sambil makan gulai telur di asrama Lembah Bidong!
Bodoh punya setting. Server sekolah aku DHCP dia setting Core Switch Cisco pun DHCP...belagalah!! Bila matikan DHCP server sekolah, core switch pula buat partition IP tak betul. Dia orang ni ikut 'lor' kononnya (ikut buku tak ikut keadaan makmal sekolah....), meregek cikgu sekolah aku (paling kuat cg Wahab) pasal tak boleh internet... bukan menambah baik tapi menjahankan!!
Fikir punya fikir aku tambah satu lagi router buat IP untuk backup mana-mana yang tak cukup ip... jadi aku up sampai 520 ip... Selepas tu alhamdulillah ok, walaupun ada sikit lagi kerenah. Aku hanya tunggu Kabes tu tamat kontrak nanti aku 'kobek' (explorer secara mengganas) core switch dia guna command line... (mesti cg wafi suka dengar command line...)
Ini akses poin (makmal ict) yang aku tambah dengan signal dlink yang aku beli di lowyat RM130 sahaja. Bolehlah 2 bar melepasi pintu pagar utama sekolah. Kalau yang tinggal berdekatan sekolah tu boleh akses free tak payah masuk streamyx di rumah.... halal kerajaan bayar.
Ini core switch cisco yang menyambung 2 core switch lain di PSS dan Bilik Guru melalui fiber optik serta 5 akses poin yang membuatkan hampir 90% kawasan sekolah aku diliputi internet. Core Switch biasa harga sekitar RM1K ++
Ini UPS, mahal juga sekitar RM2K ++ bergantung berapa jam dia boleh support... Aku sebenarnya malas nak panjat-panjat. Jadi bila nak reset aku cabut dua palam 3-pin kelabu dan putih itu sahaja. Ini pun membantu juru teknik aku perempuan, mana boleh panjat-panjat... orang tua marah!!
Ini juga sambungan penting...
Ini server LMS guna Linux RedHat dan Centos5. Aku sekali camik selepas tu aku serah kepada cg Wafi, pasal aku malas nak main server ni nanti Wafi tak boleh cari makan.... he he
Ini server master... cukup power dengan hardisk server 600GB. 150GB (setting untuk windows server 2008) di pinjam kononnya nak buat ghost ke sekolah lain... tapi sampai hari ni dok hantar... aku minta, kata ada.. suruh ambil... ni pun celaka punya kata p. ramlee... Sampai hari ini terpaksa guna server 2003 sahaja (komanglah.. aku)
Ini CCTV Recorder dan UPS. Kalau masuk makmal aku semuanya di rakam kecuali bilik aku sahaja... selamatlah ku buat jahat!!! Tapi awas CCTV Tuhan lagi darsyat.. Itu di sebut konsep Ehsan.. Jika kita tak lihat Dia.. Dia lihat Kita.
Yang berserabut ini ialah network untuk makmal ICT 1 dan 2.
Ini yang penting, aku besarkan untuk mudah lihat... Ada lagi setting di blik penyelaras, Bilik Guru, Pejabat, Bilik PSS dan Pusat Akses.. Aku dah letih daripada semalam buat OT. Jadi tunggu part 2!!
5 Comments
Dok paham tapi cam menarik
ReplyDeletewan_jtk
tujuan tulisan ini untuk warga sekolah saya. jika saya tak ada network problem atau internet tak boleh kases sekurang-kurangnya dia orang tahu dimana nak betulkan sebab saya dah tunjukkan settingnya.
ReplyDeleteini membantu kepada yang ada kemahiran untuk membaiki (troubleshooting) sebelum yang bertanggungjawab datang membaiki
huhuu ~ sekolah aizek terbaek dengan adenye cikgu zul ! hheeehee ~
ReplyDeletetapi nak tanye , cikgu ke yg buat sistem e-pantau yg sume skolah guna ?
(http://syok-blogger.blogspot.com)
sistem e-pantau tu 6 orang pembinanya, saya bahagian tukang buat air sahaja dalam team tersebut... he he
ReplyDeletehaha ~ serious lha cikgu ~ saya tabik !
ReplyDelete