About Me

header ads

Edraw Max 6 banyak membantu dalam pembinaan gambar rajah

Sebagai seorang guru kita tak lari daripada membuat rajah, carta, peta dan pelbagai lagi semata-mata hendak memenuhi kehendak semasa yang kian canggih dalam membuat persembahan dan perbentangkan. Apatah lagi kalau kita aktif dalam aktiviti pertandingan yang bersifat banyak membuat 'bahan' daripada projek sebenar.. he he.

Semasa mendapat 42 pc baru di makmal sekolah, aku menggantikan pc lama tahun 2009 yang lalu aku dibekalkan dengan satu software Edraw Max 4. Program itu agak menarik tapi aku dah lazim dengan CorelDraw aku macam tak pandang aje software berkenaan. Malah CD original sebanyak 42 keping aku beri sahaja kepada pelajar aku kepada yang berminat.


Lagi satu aku lihat software ini juga seakan-akan Microsoft Publisher jadi aku tak rasa ada kepentingannya.

Tahun lalu aku terlibat dengan pertandingkan KIK peringat kebangsaan. Kami buat bahan untuk pertandingan yang banyak melibatkan pareto, fishbone (cause and effect), TQM dll kumpulan kami mula cari jalan mudah untuk membuat bahan ini, maka tersebutlah nama software ini.

Aku antara terkenal sebagai geng 'cracker' maka aku terjumpa Edraw Max versi 6.3 yang banyak membantu dalam hal ini. Rasnya cukup baik kalau aku kongsikan bersama dengan pembaca kelebihan software ini. Kalau malas install anda hanya perlu ambil versi portable 42.6MB sahaja dalam pendrive dan guna bila perlu dan rasanya 'tak jadi kudis gatal' (bahasa Terengganu yang bermaksu tak menyusahkan) kalau software ini ada dalam pendrive anda.

Solfware ini boleh membantu membuat Flow Charts, Organizational Charts, Work Flows, Software, UML Diagrams, Network Diagrams, Business Process, Charts and Graphics, Directional Map, Database Diagrams dll.

Contoh paparan dibawah boleh membantu anda memahaminya. (klik jika nak lihat lebih jelas)

Paparan awal untuk umum..

Boleh buat bahan sains seperti susunan atom dll

Peta Minda

Rajah Tulang Iklan

Selamat mencuba...


Post a Comment

0 Comments