Semasa di sekolah memengah dulu aku tak tahu aku ada kecatatan mata. Rupanya aku ada "Astigmatism" (Keadaan di mana permukaan kornea tidak rata dan cahaya dari objek difokuskan samada di belakang retina, di hadapan retina atau kedua-duanya sekali.). Astigmatism boleh diatas dengan kanta selinder (bukan cekung atau sembung seperti rabun jauh atau dekat)
Pertemuan pertama kali tentanh kecacatan ini iaitu apabila aku membaca sajak di tampal di dinding 'loker' di asrama. Sajak bertulisan putih dengan latar hitam. Aku mula ingat sila cetak sehingga ada bayang putih pada tulisan sekitar 20%. Tapi bila ku ter'henyet' mata aku, bayang hilang baru aku sedar itu adalah masalah mata bukan masalah cetakan.
contoh |
Tapi perkara ini terabai sehingga aku mula mengajar di Sarawak. Kebetulan balik daripada Sarawak aku turun di lapangan terbang Senai. Merayau di JB dan masa itu Holiday Plaza baru buka, dan England Optical baru buat promosi sempena pembukaan di Johor. Dia tawar check mata free kepada aku.. Aku malas nak base aku layan aje lagi pun free.
Dia cakap mata awak teruk ni, kalau malam tak nampak jelas nombor bas. Betul apa dia cakap. Orang tua cakap rabun ayam, kalau awal pagi atau senja mata tak jelas nampak bukan nombor muka orang pun kenal hanya 'mark pada perwatakan' aje.
Aku masih ingat lagi masa aku naik motor ada rakan sekolah SO (cikgu) 'ping aku' (tekan horn), aku berpaling dalam hati orang tu horn kambing kot.. Esok di sekolah di'belebel' kepada aku kerana tak balas horn dia. Kadang kala orang kata aku sombong kerana aku tak tegur bila aku masuk kedai makan atau sesuatu tempat. Nasib juga.. dikata sombong, padal kita ada masalah astigmatism yang kita tak nampak jelas nak kenalpasti siapa disebabkan objek kabur kerana wujud bayangan.
Paling tension ialah baca subtitle pada tv, jadi kabur pasal ada bayang.
Balik drp JB, aku ke Sanadi Optical pada masa itu ada di Kuala Terengganu sahaja. Aku buat spek mata style 'rayban' pasal aku guna nak memandu motorsikal aje.
Setiap kali aku nak buat cermin mata aku cakap aku rabun astigmatism kebanyakkan doktor kedai cermin mata macam tak faham. Mereka cakap silau tinggi. Aku ia aje pasal dia doktor tapi bagi aku astigmatism dan Silau berbeza.
Setahu aku mata silau apabila cahaya dilihat apabila ia “memantul” dari barang-barang di sekeliling kita dan memasuki ke dalam mata kita dan cahaya itu menyebabkan silau. Cahaya ini menyebabkan pembelauan (diffraction), atau pembengkokan cahaya yang memasuki mata anda.
Ini kefahaman aku sebagai cikgu Fizik yang mengajar tajuk optik.
Spek mata pertama aku ini tertinggal di Stesyen minyak Chini. Spek kedua aku, tertinggal di Hotel apa di KL, spek aku yang ke berapa pula aku pam tayar kereta aku letak atas bonet, hilang... akhir aku boring banyak ribu habis kerana buat spek (cermin mata).
Akhirnya aku beli cermin mata murah, dulu beli dekat MyDin RM12, selepas tu beli di ECO, hanya RM2.10 aje. Aku beli bukan satu, habis siri power rabun dekat daripada kuasa 1.0, 1.5, 1.75, 2.0, 2.25, 2.5, 2.75, 3.0, dan 3.5.
Aku letak merata tempat, dalam kereta, di makmal ICT, bilik disiplin, 'tanah' (diluar rumah) dan lain tempat.
Kalau hilang atau rosak pun 'dok'lah terasa hati.. kalau budak hanyar bijar jenis mak bapak dok reti jaga, bawa masjid belari melintas masa solat, kalau terpijak pun aku 'dok'lah rusing, solat aku pun khuyu' dok debar la'sung spek kena pijak!
Isteri aku kutuk, kata aku sayang pitih, mata kena jaga, tapi beli hok murah. Aku berhujah dia dok berapa setuju. Kebetulan aku dengar soalan kepada Dr Muhaya tentang penggunaan spek murah ada kesan tak kepada mata. Jawapab Dr Muhaya, tak ada kesan langsung dan kerosakan mata bukan berpunca daripada cermin mata....
Bila ku pakai spek kedai dua rial ini, orang ingat aku pakai spek mahal... ada cikgu tanya tukar spek lagi cikgu Zul.. Aku gelak aje.
Ini model terbaru kedai dua rial, tak ada bingkai dan ada tone |
Aku ada masalah sebab aku suka letak spek merata, rata-rata dan kadang kala tertindih atau terpijak. Di kedai dua rial ada model yang boleh pijak tak patah, elastik.
Ada cikgu sekolah aku, aku cakap dua rial (RM2) dia orang percaya, sebab lebih kurang macam spek dia orang aje.
Cikgu Menawar bising aku borong habis power... Dia pergi tadok doh power dia nak. Aku beli berbeza power sebab perbezaan pergunaan.
Misalnya power rabun dekat 1.0 sesuai untuk menonton TV, untuk baca subtitle. Sebab aku perlu kanta selinder untuk Astigmatism jadi power kecil itu menghampiri selinder.
Power 1.5 sesuai untuk memandu. Sebab itu aku simpan dalam kereta 1.5 dan 2.0 untuk pandu dan untuk baca whatsapp/telegram.
Dulu kalau memandu aku tak perlu guna spek, tapi bila berumur aku perlukan spek. Aku pernah jumpa pakar, sembang aje ak sampai 5 minit kena bayar RM50 (dulu) aku tanya pasal apa aku ada kecacatan mata sebab aku kena pakai spek, dia cakap aku dah berumur ligmen gantung tak kuat seperti awak muda untuk ajus kanta. Aku kan orang sains, aku faham ya.. aku kel;uar kena RM50... celaka!
Power 1.75, 2.0 dan 2.25 untuk penggunaan komputer. Sebab apa ada 3, kalau mata letih perlu power lebih. Kalau rileks perlu power 1.75 sahaja.
Power 3.0 dan 3.5 kalau nak membaiki terutama nak lihat skru kecil pada jam/hp dll. Masa tu nampak terang giler! Tapi tak boleh guna lama, pening dan boleh jadi giler terus!
Hanya kelemahannya bagi mereka yang berbeza power kerosakan antara mata kiri dengan mata kanan.. Aku dok tahu power sebenar mata aku, kalau tak boleh aku cabut tukar-tukar... he he
0 Comments