About Me

header ads

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) buat pelajar jadi jumud??



Aku tak tahu sangat pasal PBS, 'tobat' aku sekadar buat apa yang terlintas... lagi pun aku mengajar subjek Pendiidikan Sivik dan Kewarganeragaan yang rata-rata dianggap subjek 'kasta rendah'. Subjek diberikan kepada cikgu yang 'tak tentu hala' dalam arus kecemerlangan sekolah.

Untuk penuhkan jadual waktu dan untuk serata pembahagian waktu setiap guru. Jangan hairan cikgu subjek ini ada ramai dan menghampiri nisbah bilangan kelas yang ada subjek ini.

Baru ini aku diminta buat satu 'kerja bodoh' mengenai PBS. Aku kena buat dua video klip pasal PBS iaitu Penjaminan Kualiti PBS dan Pembudayaan PBS.

Bila nak buat video, kena ada skrip, storyboad dll. Jadi aku kena 'study' pasal PBS untuk menghayatinya. Macam pelakon juga yang berlakon jadi 'pelacur' kena hayati bagaimana kehidupan seorang pelacur.

Dalam menghayati ini maka banyaklah aku tak tahu 'natang' PBS ini dan banyak pula aku buat perkara yang salah setahun lalu dalam melaksanakannya. Aku tak tahu cikgu-cikgu lain macam mana?

Pada dasar PBS lemah bukan kerana PBS itu tak cekap. Format dan falsafahnya cukup baik sebab bukannya baru tetapi perkara yang telah biasa dilakukan hanya di'dokumen'kan secara terperinci setiap perilaku pelajar.

Kelemahan paling ketara ialah kesediaan pihak Kementerian Pelajaran (KPM) dalam pelaksanaannya. Maklumat sebenar 'cair' dalam pejalanan ke sekolah melalui JPN dan PPD. Akhirnya membuatkan cikgu-cikgu macam terawan-awangan dalam hal ini.

Kalau ditanya kepada setiap cikgu kita akan dapat jawapan yang berlaianan dan perkara yang sama juga akan dijawab jika ditanya pula pada setiap pengetua.


Gambar di atas adalah pelajar yang membantu menjayakan 'Gulai Kawah'. Apakah "band" nak diberikan kepada pelajar ini. Subjek mana yang terlibat??

Ringkasan Band 6 ialah Tahu, Faham dan Boleh buat dengan beradab Mithali... Adakah sampai ke sini baru dapat Band 6??


Kebolehan 'melalak' macam ini boleh dikatakan 'beradab mithali?? Macam mana pendapat cikgu lain?

Satu hal lagi, bila mula tahun ini (2013) banyak buku-buku rujukan telah menerbitkan dengan kemudahan untuk penilaian band. Akhirnya cikgu sekadar ambil apa yang pihak penerbit terbitkan, penilaian yang berbeza berasaskan latar belakang tak wujud lagi..... dan sedikit sebanyak lari daripada falsafah asal PBS.

Akhir pelajar akan menghabiskan masa dengan melakukan pelbagai tugasan PBS, pelajar sudah tidak lagi mempunyai masa untuk berehat/cuti macam pelajar semasa aku zaman dulu. Sekarang ada cuti terancang... Aku tak faham 'menantang' apa "cuti terancang" itu. Kalau belajar masa cuti itu bukan cuti namanya... Sama juga kalau cuti sekolah cikgu kena bekerja.. itu bukan cuti.. Kenapa ramai menjadi 'bodoh' dalam hal ini.... dan sekolah berlumba-lumba membuat perkara bodoh ini dan berbangga pula tu... "sekolah mung tadok cuti terancang ke?? komang ah!!"

Budak sekarang dan jadi jumud dah tak tahu "redah" belukar atau paya cari 'ikan sekilai'. Belaga buah getah, Harungi anak sungai di kuala mencari kepah dan kerang. Tak kenal 'tijah', 'remis' dan 'etok-etok'...

Itu belum lagi aku tanya pasal cari 'cik rhu-cik rhu' di bawah rumah!!

Rasanya cukuplah nanti ramai yang panas telinga......

##

Post a Comment

4 Comments

  1. itulah realiti PBS bang...

    betul dah spt kata abg tu..pada peringkat idea dan dasar baik...tetapi kena lihat dari segi pelaksanaan PBS itu sendiri...

    Bagaimana ia nak di laksanakan...dan lagi satu beban guru untuk buat PBS tidak di kaji...bagaimana penilai nak hasilkan nilaian yang berkualiti jika masa penilai tidak berkualiti

    ReplyDelete
  2. Beban Guru mungkin boleh kurang kalau pihak sekolah tidak 'terlalu over' dalam pelaksanaannya. Dan membuatkannya secara normal dan tidak terlalu menekan.

    ReplyDelete
  3. TABIK ADMIN BLOG NI

    ReplyDelete
  4. KBSR dan KBSM dah cukup baik. Dari chalk and talk kepada Kemahiran berfikir. But PBS ni..sorrylah. Teacher hate PBS.

    ReplyDelete