Beberapa hari lalu cikgu Musa telefon aku. Dia tanya samada aku ada tak RAM? Aku tanya dia RAM apa? Dia macam
'konfius' samada DDR2 atau DDR3. Lubang sama jarak, DDR2 katanya.
Sebenarnya nak pasang RAM pun bukan main tambah-tambah aje. Bila ada slot kosong terus tambah tanpa melihat
'spec' RAM yang sedia ada.
Misalnya RAM DDR2 2GB PC2-6400 800MHz. Kita tambah satu lagi yang baru 2GB juga tapi PC2-7200 1600MHz.
Cuba kita bayang kereta kita satu tayar 14" dan satu tayar lagi lebih lebar dan 15". Boleh jalan tapi tak sedap. Macam tu juga RAM. Ini adalah analogi yang mudah yang difahami untuk sesiapa yang nak tambah RAM.
Satu lagi perkara penting mengenai RAM atau apa-apa cips pada PC atau alat elektronik, jangan galak-galak pegang macam dalam gambar di atas. Kerena boleh berlaku kerosakan kepada transistor dalam cips berkenaan. Dalam sains dipanggi ESD (Electro Static Discharge).
Cara mudah yang boleh terangkan di sini ialah bila kita sentuh cips pada RAM misalnya, elektron daripada tubuh kita akan mengalir ke transistor dalam cips berkenaan dan membuatkan transistor berlebihan elektron dan rosak.
Pada 2008 rekod dunia, dalam satu keping chip silikon tertanam dua juta transistor. Rekod tersebut dibuat oleh Intel, dalam sebuah chip prosesor quad core. Chip ini yang diberi nama Tukwila. Itu cerita 2008 sekarang 2018, aku tak tahu berapa juta ada transistor dalam chip RAM?
Jika anda belajar Fizik anda akan jumpa rajah di atas. Bayangkan ada 2 juta benda atas tu dalam satu cips.... itu dipanggil teknologi.
Analagi mudah katakan 80,000 elektron mengalir daripada tubuh kita masuk ke dalam cip dan memusnahkan 80,000 daripada 2 juta transistor dalam cip berkenaan. Apa terjadi. Itu yang PC kita selalu 'hang' kita tak tahu 'menantang' apa yang rosak. Tak jumpa cari. Ini biasa berlaku kepada kaki 'kobek' PC (Yang suka buka PC sendiri).
Cara betul pegang RAM jangan sentuh cip pada RAM berkenaan. Atau kita pegang apa-apa besi, body pc dll untuk alirkan elektrik statik pada tubuh kita.
Kalau ada banyak duit belilah "antistatic wrist strap" seperti gambar di atas.
##
0 Comments