Antara yang menjadi faktor aku beli sesuatu telefon ialah ciri-ciri yang ada pada telefon berkenaan selain daripada harganya. Harga tu yang utama sebenarnya, sebab kalau 'pitih' (duit) tadok, dok payah cerita hebat mana telefon.
Pagi ni aku nak cerita pasal kekuatan sesuatu telefon yang di sebut sebagai IP (Ingress Protection) yang ramai dikalangan kita membeli smartphone tapi mereka tak ambil kira perkara ini. Ada yang tak tahu pun 'menentang apa' IP ni?
Gambar di atas adalah Samsung Note Fan Edition (FE) yang dijenamakan semula daripada Samsung Note 7 yang tak terjual kerana masalah bateri terbakar sehingga semua keluarannya di tarik semula seluruh dunia. Untuk tidak rugi Samsung keluarkan dengan nama baru Note FE dan jual dengan harga yang murah. Ini kira "refurbished" juga.
Pada umumnya, IP memberikan maksud dari segi ketahanan peranti itu dengan nilai IP ini untuk menentukan sejauh manakah tahap perlindungan yang diberikan terhadap peranti berkenaan. Singkatan ‘IP’, ia diikuti dengan dua digit dari 0-6 dan 0-8 dan satu lagi dibelakang untuk kes khusus misalnya IP68x.
Kita ambil contoh, Samsung Note FE tercatat IP68. Dikatakan tahan habuk dan air kedalaman 1.5 meter selama 30 minit. Aku kempen 'nak berapi' telefon ini. Kawan aku Ustaz Mahadi, pegawai JPNT terus beli. Cikgu Tuan Haji Wan Abdul Syukur, banyak hari juga baru beli... Cikgu Aziz 'dok degis' (Ini geng iPhone... telan 'bez' iPhone doh)
Mari kita lihat jadual di bawah untuk digit pertama iaitu 6.
dan jadual untuk digit kedua iaitu 8
Ok. kita ambil contoh satu iaitu telefon iPhone, kerana ramai orang suka pakai iPhone telefon ini macam ada status 'hebat'. Apple iPhone 8 Plus 256GB misalnya mempinyai IP67 dan banyak model iPhone adalah mempunyai IP67.
Pada keterangan iPhome 8 plus ada tercatat IP67.
Ini bermakna iPhone 8 dan model lain yang tercatat IP67 boleh mengambil gambar dalam air sedalam 1 meter. Tapi aku hairan ramai yang guna iPhone tak berani nak masukkan telefonnya ke dalam air, sedangkan "memang boleh"!.
Cikgu Aziz pun tak berani... Aku tak tahu Cikgu Lotfi macam mana.
Gambar di atas (ini bukan peta iThink) mungkin membantu untuk kita memahami maksud IP pada sesuatu smarphone yang kita beli.
Samsung J7 Plus mempunyai IP54. Anak saudara aku si Afiq guna HP ini. Anak aku sebelum ini giler-giler nak telefon ini. IP54 bermaksud boleh kena debu atau habuk dan jika tertumpah air semasa telefon atas meja makan misalnya, terus diambil dan dilap ok tidak merosakkan telefon berkenaan.
Tapi jika bawa masuk dalam hujan pada jangka masa yang lama walaupun telefon itu dalam saku/poket boleh merisikokan telefon itu rosak kerana jangka masa yang lama menyebabkan air meresap dalam telefon berkenaan.
Isteri aku guna Samsung A7 (2017). Model ini adalah mempunyai IP68 maknanya boleh kena habuk dan boleh ambil gambar dalam air sedalam 1.5 meter selama 30 minit. Tapi aku rasa isteri aku tak berani masuk dalam air.
Aku dulu kempen untuk beli model ini kepada kawan-kawan. Cikgu Tuan Haji Ghani beli model ini. Abang aku pun beli tapi dia ambil yang A5 (2017). Abang aku kerja 'buat rumah' (tukang). Telefon Lenovo canggih dia selalu 'hang'. Dia beli telefon tu bersama kawannya di KL. Aku seteru dengan Lenovo, walaupun aku guna notebook Yoga Pro3. Dia minta aku beli telefon baru. Aku kempen dia masa tu belikan Samsung A5 (2017).
"Mu Lek (nama dia Ali pendek macam aku tapi orang kampung panggil Tolek) kerja gaul simen, panjat atap dalam hujan panas, jadi kena telefon yang tahan calar (Corning Gorilla Glass 4)"Masa tu aku minta anak aku pinjam telefon umi dia sekejap dan bawa sejap air. Aku pun 'on' telefon isteri aku terus masukkan dalam jab air. Aku pun bersembang dengan dia, 'lok' (biar) telefon sedang on tu dalam jap. Kalau isteri aku lihat masa tu mesti tensionnya. Aku tak boleh test dengan telefon aku pasal masa kejadian tersebut aku hanya guna Samsung Apha (tadok IP pun tercatat).
Abang aku terus setuju beli. Dia nak letak 'tinted'. Aku kata tak payah setakat kunci dalam poket mana calar kata aku. Seminggu dia guna telefon itu, dia datang 'beleber' (marah) telefon dia ada calar sikit. Dia pun beli tinted sampai sekarang.
Baru-baru ni sekolah aku buat hari keluarga di Residence Inn Cherating. Semasa mandi kolam anak-anak aku datang nak ambil telefon umi dia untuk beraksi. Tapi dia fikir mesti umi tak bagi takut masuk air (sedangkan telefon tu IP68). Dia minta telefon aku. Masa tu bateri tinggal 38%. Aku dah kena sekali semasa kem kepimpinan dulu cikgu Najib pinjam buat masuk air pantai. Telefon ok tapi semasa nak cas, lubang tu basah dia tak bagi cas sehingga habis bateri...
Tapi layan anak-anak aku beri juga. Beraksi sakanlah anak-anak aku.
Ini hasil kerja mereka...
Ustaz Mahadi dia test tak telefon dia? Aku tak pasti. Kalau beli telefon sekadar nak telefon atau berwhatsapp aje... Nokia 3310 pun dah ok.
Aku malas mandi kolam, lagi seronok duduk bersama isteri dalam bilik.
##
0 Comments