Adobe Photoshop mula dibina oleh 2 beradik Thomas dan John Knoll pada tahun 1988.Aku mula kena Photoshop pada tahun 1994 setelah aku pulang daripada Sarawak 1 Mei 1994. Masa itu Photoshop versi 3.0 diperkenalkan pada September 1994.
Pada masa itu aku tak guna Photoshop, sekadar 'main' Paint aje.
2003 aku mula berminat dengan Photoshop, masa itu versi CS diperkenalkan pada Oktober 2003. Aku dapat versi original yang dibekalkan ke sekolah. Aku ingat lagi pagi petang, siang malam aku kerjakan Photoshop. Sebelum ini aku adalah pengguna tegar Corel Photo Paint. Ustaz Mahadi tahu cerita ini. Dia pun hairan bila aku boleh bertukar 'mazhab'.
Selepas versi CS (versi 8) aku dah berjinak dengan Adobe Photoshop yang aku regukan dengan CorelDraw dengan menolak Adobe Ilustrator. Kombinasi ini lebih baik daripada Photoshop, Illustrator dan InDesign.
Kini Oktober 2018, Adobe keluar versi terkini Adobe Photoshop CC 2019 (versi 20). Versi ini aku tak sempat nak terokai lebih jauh tapi sangat baik untuk "Content-Aware Fill tool". Rasa itu sebab paparan pembukaan untuk versi ini dengan orang tak ada kepala yang mungkin telah dibuang oleh tool ini.... itu aku teka aje.
Paparan antara mukanya agak ada sedikit kelainan, tapi hampir semua adalah sama dengan versi sebelum ini.
Anda boleh cuba dengan mengambil installernya di Channel Software N Application di https://t.me/software_application/2612 (password rar adalah @software_application). Saiz fail akhir dalam format iso ialah 1.65Gb.
0 Comments