About Me

header ads

Shopee Vs Lazada


Ada yang bertanya mana lebih baik antara Shopee atau Lazada?

Semakin hari, semakin ketat persaingan antara e-commerce di Malaysia, termasuk Shopee dan Lazada, selain Lelong.com.my dan 11 Street. Kedua-dua 'marketplace' ini cukup agresif sekarang ini meraih minat pembeli terutama dikalangan generasi muda yang suka berbelanja secara online.        

Shopee dan Lazada juga terus meningkatkan keupayaan mereka untuk menyaingi e-commerce tempatan seperti 11 Street dan Lelong.com.my.

Dulu aku membeli Lelong.com.my apabila melihat Cikgu Anuar Ishak (pakar komputer PPD Setiu) sekarang Guru Besar, membeli speaker bluetooth semasa kami dipanggil untuk lepak di Makmal ICT JPNT untuk 'tegok-tegok' laman web JPNT. Bermula di situ aku daftar Lelong.com.my dan bermulalah 'pasaraya' berada dalam rumah aku. Ini sangat bahawa. Aku ada niat untuk menulis "Bahaya bila pasaraya (lowyat.. bagi orang komputer) berada dalam rumah" tapi malang artikel itu tak sempat dipost sehingga hari ini masih tersimpan sebagai draf dalam blog Nota Tercicir.

Aku mula bertukar kepada Lazada apabila Lelong.com.my banyak kedai yang kita kena bayar bukan melalui pihak Lelong.com.my. Ini membuatkan jaminan barang tersebut sampai menjadi berkurangan, berbeza dengan Lazada yang jaminan sangat tinggi daripada kena tipu.


Bila nak menulis kebaikan kedua-dua ini, kita kena beza dulu kebaikan itu berfokus sebagai "pembeli" atau "penjual yang menyewa di marketplace"?

Jadi kita fokus aje kepada pembeli.

Beberapa minggu lalu aku singah nak ke tandas Masjid Pak Sabah, kebetulan jumpa anak murid aku di SMK Sultan Omar yang bekerja dengan Pos Laju. Aku tanya sekarang ni pembelian online makin meningkat, mesti kerja makin bertambah... Dia mengangguk dan di sini aku dapat maklumat, dia kata hampir 80% barang sekarang ini daripada Shopee, yang mana sebelumnya adalah Lazada.

Masa ni aku belum lagi daftar Shopee.. Selepas aku daftar Shopee, aku dapati harga barang tak ada banyak beza antara Shopee dan Lazada. Hanya Shopee pandai membuat promosi dan menjual barang tertentu dengan harga yang murah. Paling ketara gajet IT dan komunikasi seperti telefon.

Setelah mengguna kedua-dua ini, aku nampak ada perbezaan ketara ialah proses pemulangan barang yang tak dipersetujui sangat rumit untuk Shopee dan cukup mudah untuk Lazada.


Di Shopee anda kena ambil gambar upload sebagai bukti barang yang tidak sama misal dengan barang asal. Kemudian kena tunggu satu tarikh tertentu baru pihak Shopee membuat proses lanjutannya. Anda kena hantar barang tersebut dan kena post sendiri serta bukti penghantaran dengan no track pun kena upload lagi dan tunggu lagi.


Untuk Lazada sangat mudah, anda boleh pulang semula pada hari yang sama anda terima barang dan hanya perlu print track post laju dan tampal pada barang yang nak dipulang dan 'drop' aje di mana-mana Post Laju berdekatan tanpa perlu isi apa-apa borang... mudahkan. Masanya pun tak lama.

Tapi ramai pembeli lebih tertarik kena harga berbanding proses dan jaminan lain, tak hairan Shopee kini mengambil tempat pembeli online.

##





Post a Comment

3 Comments

  1. Selain lazada dan shopee dan ada ecommerce shopping dipanggil fingo.. Baru dilancarkan di malaysia.. Bila membeli sndiri boleh dpt 10% cash rebet.. Org lain beli pon boleh dpt cash rebet.. Clik link untuk register percuma http://bit.ly/E-commerceshop

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Saya lebih berminat shopping on9 di shoppee. Menarik. Stkt ni xpernah lagi la nak return² barang tp app nya pn senang untk di fahami

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita tahu kedai mana yang jujur dan murah kita dapat banyak manafaat

      Delete