Hari ini aku balik sekolah lewat, hampir 6.00 petang. Siapkan soalan Peperiksaan Akhir Tahun Asas Sains Komputer (ASK) Tingkatan 1. Oleh kerana pelajar tak ramai, soalan tu kena fotostat sahaja. Semua sekali kena RM49.50. Boleh 'claim' tapi entah bila agaknya dapat?
Balik rumah anak bongsu kata, pagi tadi ayah buat roti 'best'. Aku tahu anak bongsu aku kaki 'ampu'. Tapi oleh kerana dia ni berada alam 'awal gadis' aku layan ajelah.
Selepas solat Isya' aku terus ke Samamaju untuk beli sedikit persiapan untuk buat roti spesial yang lebih kurang macam "Banjo". Bila sampai rumah, lihat barang tertinggal tak terbeli "Mayonnaise".
Hari ini dapur rumah aku agak bersih sikit berbanding hari-hari sebelum ini kerana anak perempuan sulong aku ada di rumah baru balik daripada KQT (Kolej Al Quran Terengganu).
Cabutan bertuah jamuan akhir tahun aku dapat pembakar roti. Mula-mula nak bawa aje ke bilik disiplin tapi, belum sempat, anak aku dah guna. Cikgu Munawar tak merasalah bakaran roti 'Malabari'.
Jadi seminggu dua ni makanan keluarga aku roti. Sebelum ini sempat roti berkulat sekarang tidak lagi... Kesian ikan aku. Dulu kalau roti berkulat, aku baling aje dalam kolam sambil berkata "roti cendawan spesial"... Kalau ikan tu boleh bercakap, sudah pasti aku kena sumpah, celaka pun orang roti berkulat baru nak bagi!!
Barang-barang asas ialah salad, tomato, bawang besar (kalau best goreng sikit, awa-awa orang kata), lada marang biar pedas sikit.
Sardin, ini pun kena ada. Cerita pasal sardin teringat anak lelaki aku tingkatan 4. Rumah aku jarang makan sardin. Setahun boleh bilang nak kata 3 atau 4 kali pun susah. Isteri aku jenis suka rebus ikan.... anak nelayan. Aku suruh dia beli sardin dalam tin kecil. Bagi duit dia bawa balik tin besar. Aku kata nak buat apa banyak sangat? Dia kata tak ada tin kecil.. yang tin kecil mackerel bukan sardin.
Aku gelak kepada dia, aku kata sama aje... Dia macam tak percaya.
Rupanya aku salah. Tuna ialah ikan tongkol (Orang Terengganu panggil Aye), Sardine, ikan sardinlah manakala mackerel ialah ikan mabong/kembung. Kalau anak aku baca posting ni mesti dia gelak kepada aku..
Boleh tambah "fish cake" atau hiris halus-halus "sosej" pun ok. Goreng jangan letak mentah begitu. Yang mentah tu boleh makan pasal itu pun sebenarnya separa masak.
Tak ada 'chase' letak aje buttercup.
Susunan mana dulu mana kemudian, hentam aje. Tak ada markah untuk ini dan tak batal sebab tak ada syarat "tertib".
Letak telur dan sos chile.... Potong 4 untuk mudah makan.
Sangat berselera...
0 Comments