About Me

header ads

Kementerian Pendidikan terima peruntukan terbesar


KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan merupakan penerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2019 iaitu RM60.2 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, mekanisme bagi mencapai pertumbuhan pendapatan lebih tinggi adalah melalui pendidikan berkualiti di semua peringkat.

Beliau turut menyenaraikan 14 inisiatif di bawah Strategi 8: Pendidikan bagi Masa Hadapan Yang Lebih Baik.

Antaranya ialah menyediakan peruntukan bagi bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion untuk membantu golongan yang miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai.

Kerajaan juga akan menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta meliputi:

• Sekolah Kebangsaan – RM250 juta;

• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) – RM50 juta;

• Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) – RM50 juta;

• Sekolah Berasrama Penuh – RM50 juta;

• Maktab Rendah Sains Mara – RM50 juta;

• Sekolah Agama Bantuan Kerajaan – RM50 juta;

• Sekolah Mubaligh – RM50 juta;

• Sekolah Tahfiz – RM50 juta;

• Sekolah Pondok yang berdaftar – RM25 juta;

• Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau

Conforming School – RM15 juta; dan

• Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) – RM12 juta.

##

Post a Comment

0 Comments