About Me

header ads

Sembang geng SIS sempena hari lahir aku


Tengah hari Seli (Rosli) telefon ajak minum petang ni rai 'besday' aku. Dia cakap Jaafar ada turun dari Kemaman. Saya hantar masej dalam group whatsapp geng Dungun (Kami dulu satu kelas 17 orang semua lelaki semasa di SMK Sultan Ismail Kemaman).

Aminoddin jawab tak boleh hadir. Kamaruddin masih tak sihat sejak keluar wad. Pudin (Saifudin Wahid) dan hilang drp radar... mungkin tegoh cari telur. Yang lain tak ada di Dungun.


Aku pergi selepas solah Asar... yang ada Seli dengan Jaafar yang lain tak ada lagi. Aku call Muryadi. Jaafar dan order nasi goreng dengan sup ekor. Seli tak makan order satey untuk kita orang makan. Aku dah makan di Hotel UiTM kebetulan sambutan hari lahir aku di sana di keluarga. Dahlah tu balik tadi pergi sambut menantu kawan isteri aku... kira dah kenyang sangat.



Nor Ahmad datang, kemudian Muryadi datang. 5 orang kami sembang... Seli, Jaafar, Nor Ahmad dan Muryadi.. macam2 citer sampai Maghrib. Sambil-sambil kutuk Pudin yang dah hilang tak nak jumpa kawan.

Citer pasal Nor Ahmad, Pudin antara pelajar Melayu antara best student SRP yang dapat hadiah RM300 daripada Yayasan Terengganu. 

Terima kasih atas kesudian rai hari lahir aku...



Post a Comment

0 Comments