About Me

header ads

Lebih 200 guru tidak lapor diri, tolak penempatan ke Sarawak

 


Memang sesuatu tempat baharu dan asing akan dirasai sangat membebankan... tapi bila kita lalui ini kenangan manis yang sukar dilupakan.

Semasa di Kapit, ada seorang sahabat guru bila sampai aje dia terus termenung dan nak balik semula ke Semenanjung dia kemas beg nak berangkat pulang naik bot express. Ada seorang rakan guru minta saya pergi jumpa dia... saya pergi dan kongsikan beberapa pengalaman akhirnya dia tak jadi nak pulang...

Cikgu itu tak sampai setahun dia menjadi seronok dan sangat 'galak' dengan masyarakat di sana melebihi kami... sehingga saya terpaksa 'kongsi' lagi pengalaman mereka yang terlalu galak....


KUALA LUMPUR:
Seramai 222 daripada 3,227 guru “one-off” yang diberi penempatan ke Sarawak tidak melaporkan diri atau menolak tawaran itu sehingga 30 Sept tahun lepas, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM menerusi jawapan lisan di laman sesawang Parlimen hari ini memaklumkan 3,227 guru “one-off” itu merangkumi 2,621 guru lantikan tetap dan 606 guru lantikan secara “Contract of Services (CoS)” yang ditempatkan di Sarawak.

“Urusan pengambilan guru akan dilaksanakan berterusan dari semasa ke semasa tertakluk kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran,” menurut kementerian itu.

Ia bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai bilangan guru pengambilan “one-off” dan CoS yang tidak melapor diri atau menolak tawaran ke Sarawak serta tindakan diambil KPM untuk mengisi kekosongan itu.

Menurut KPM guru kelahiran Sarawak diberikan keutamaan untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen.

Bagi pembangunan profesionalisme guru baharu, KPM telah melaksanakan Program Pembangunan Guru Baharu untuk membimbing dan membantu secara profesional dan berstruktur bagi membolehkan guru baharu mengadaptasi persekitaran, budaya dan komuniti sekolah.

“Guru baharu juga menerima bimbingan secara berterusan daripada guru mentor yang dilantik dalam meningkatkan kompetensi profesionalisme terutamanya kemahiran dan kepakaran bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran (PdP) dapat disampaikan dengan lebih berkesan,” kata KPM.

Post a Comment

0 Comments