About Me

header ads

Aspect Ratio 1:1, 3:2, 4:3, full atau16:9 sebenarnya apa tujuan pilihan ini?

 


Tadi ada pelajar tanya saya pasal nombor nisbah tepi skrin bila ambil gambar. Dia ni mahir ambil gambar dan apabila sekolah benarkan membawa telefon untuk acara keramaian, dia antara yang 'galak' mengambil gambar dengan 'iphone' (entah saya tak pasti kenapa pelajar bangga sangat jika 'pakai' iphone).

Sejarah saya dulu pernah ambil subjek Teknologi Pendidikan I pasal kamera satu semesta. Macam dapat 4... kemudian ambil pula Teknologi Pendidikan II satu semesta pasal video juga dapat 4.00... Tapi ikhlas cakap saya tak minat sangat pasal kamera dan video walaupun saya ada juga kamera.

Pernah ada Ricoh yang guna filem, kemudian terpengaruh dengan Ahmad Yusrie beli kamera digital murah, ada juga beberapa siri Sony Cybershot, RX100 dan paling akhir sampai sekarang masih ada ialah RX-90. Tak suka yang jenis DSLR pasal malas yang kompleks... suka simple aje.

Oleh kerana tak ada orang lain (melainkan jika ada) di sekolah saya terpaksa jadi juru foto walaupun tak minat. Ilmu kamera saya tak berkembang dengan baik.

Saya ada satu group Telegram "Newbie PhotoGrapher" yang ada ahli 1859 orang. Ada beberapa orang admin di group itu adalah jurufoto yang agak profesional termasuk antarabangsa. Group ini sangat friendly dan tidak kedekut ilmu... anda boleh masuk dan bertanya di sini. Baca pin masej tentang kenapa group ini dibina... link https://t.me/newbiephotographer

Panjang pula cerita...


Dalam fotografi, nisbah aspek mewakili hubungan antara lebar dan ketinggian imej.
Ia boleh dinyatakan sebagai nombor diikuti dengan titik bertindih atau diikuti oleh nombor lain, seperti 3:2, atau dengan nombor perpuluhan seperti 1.50 (iaitu hanya bahagian panjang dibahagikan dengan bahagian pendek). Malah ada yang lebih suka menyatakan nisbah bidang sebagai perpuluhan, diikuti dengan bertindih dan nombor 1, seperti 1.50:1. Jika kita buka setting pada kamera kita akan jumpa pilihan "aspect ratio" ini. Sama juga dengan smartphone.



Oleh kerana aspect ratio ada beberapa pilihan, satu tunjukkan gambaran ini pada satu gambar di atas mewakili beberapa garis kawasan yang mewakili panjang dan lebar sesuatu gambar.


Jika kita guna kamera, kita setting pada setting tetapi jika guna smartphone aspect ratio ini mudah ditukar pilihannya. Biasanya terpapar ditepi skrin sebelum kita ambil gambar.

Oleh kerana bergantung kepada panjang dan lebar, jika kita menggunakan secara melintang 4:3 akan bertukar menjadi 3:4 apabila kita tegakkan telefon kita.



1:1

1: 1 ini memberikan gambar panjang dan lebar yang sama (segiempat sama). Ini membolehkan kita mengambil untuk 'frofil' media sosial misalnya Whatsapp, Telegram, Google dll. Mudah kita nak 'crop' gambar tersebut.


 4:3

Nisbah ini biasaya menjadi nisbah 'default' pada kamera atau telefon kerana nisbah ini memberikan pilihan terbaik untuk ruang gambar yang diambil.



16:9

Nisabah 16:9 ini biasa untuk objek yang lebar atau meninggi seperti pokok kelapa dll. Gambar dengan aspek ini akan kurang objek latarnya.


3:2

Kalau kita nak tambah sedikit latarnya misal awam atau latar bawahnya kita boleh guna aspect ration 3:2.


FULL

Pada telefon ada satu pilihan iaitu full. Full biasanya untuk kita jadikan wallpaper pada telefon kita. Gambar di atas jika kita nak ambil sebagai gambar biasa kita boleh guna ratio 16:9 secara menegak, tetapi jika kita nak guna sebagai wallpaper telefon kita lebih baik guna pilihan full.

Sebenarnya ramai orang guna telefon dia hentamnya tanpa ubah apa-apa setting. Ikut default yang tersedia. Ada juga orang terpengaruh dengan penggunaan gambar. Macam saya kalau ambil gambar mesti gambar penuh dengan kakinya sekali pasal saya memang 'bengang' sangat kalau orang ambil gambar tak ada kaki, susah nak edit dengan Photoshop. Jadi 'berlaga angin' dengan budak-budak sekarang yang suka ambil gambar sepertiga objek bawah pada grid line dan duapertiga gambar latar/termasuk awan.




Post a Comment

0 Comments