About Me

header ads

78 sekolah banjir di Kelantan sudah pulih sepenuhnya

 Penduduk membuang barangan yang rosak akibat banjir di Kampung Gual To'Deh, di Rantau Panjang, Kelantan, baru-baru ini. - Foto fail NSTP

Penduduk membuang barangan yang rosak akibat banjir di Kampung Gual To'Deh, di Rantau Panjang, Kelantan, baru-baru ini. - Foto fail NSTP

KOTA BHARU: Sebanyak 78 buah sekolah di Kelantan yang dilanda banjir, bulan lalu pulih sepenuhnya dan memulakan sesi persekolahan penggal baharu, hari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Mohd Zin Halim, berkata sekolah berkenaan membabitkan 18 sekolah menengah dan 60 sekolah kebangsaan.

Beliau berkata, semua 114 sekolah yang berfungsi sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) juga beroperasi seperti biasa pada penggal baharu persekolahan.

"Ada kerusi dan meja sekolah yang rosak akibat banjir namun jumlahnya kecil. Kita menghantar kerusi dan meja lebihan dari sekolah lain dihantar ke sekolah yang memerlukan," katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, berlaku kerosakan buku teks yang berpunca daripada rumah mangsa banjir, selain komputer riba rosak akibat bencana itu.

"Bagi kerosakan buku teks, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat penggantian segera.


"Bagi komputer yang rosak, ia akan diganti oleh pihak syarikat yang memberi sewaan," katanya.

Mohd Zin berkata, pihaknya menerima banyak bantuan daripada pelbagai pihak, termasuklah Istana, KPM, kerajaan negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) susulan bencana banjir di negeri itu.

Post a Comment

0 Comments