About Me

header ads

APAD, pengusaha bas sekolah bincang cadangan naik tambang esok


PETALING JAYA:
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan berunding dengan persatuan pengusaha bas esok berhubung cadangan menaikkan tambang, kata Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook.

“Esok, pihak APAD akan mengadakan perbincangan dengan persatuan pengusaha bas sekolah,” katanya menurut Harian Metro, susulan laporan pengusaha bas sekolah bercadang menaikkan tambang bas mulai 3 Jan.

Khamis lalu, Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah, Amali Munif Rahmat dilaporkan berkata, tambang bas sekolah mungkin dinaikkan bermula sesi persekolahan bulan ini.

Katanya, kenaikan itu tidak dapat dielakkan susulan peningkatan kos operasi akibat harga alat ganti lebih tinggi, kenaikan gaji pemandu dan saingan daripada pengusaha tidak berlesen.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengeluarkan garis panduan kadar bulanan mengikut perkhidmatan disediakan, jarak dan faktor lain.

Post a Comment

0 Comments