About Me

header ads

Selamat Hari Gawai - Gayu Guru Gerai Nyamai


Lama aku tak menulis. Walaupun ada blog baharu, semangat masih lama. Dalam otak selalu ber'geligar' idea untuk menulis apabila melihat isu dan peristiwa tapi bila sampai hadapan pc... hilang entah mana. Akhirnya layan Telegram.


Aku ke rumah panjang Ng Melinau, Sg Tunoh
hampir dengan Kalimatan pada tahun 1991

Teringat anak-anak murid aku di Sarawak, terdiri daripada Iban, Bidayuh, Kayan dan kenyah aku rasa nak menulis pasal Gawai.

2 orang anak murid aku 4 Sains, 1994
kini berumur 41 tahun... mana dia?

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum peribumi Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat.


Ini adalah Penny Ayie kaum kenyah... anak murid aku Aku panggil dia "peah".
Jeniffer aku panggil "Jenab" kalau Magerat aku panggil "minah"

Gawai bermaksud pesta, iaitu Pesta Dayak. Ini adalah pesta menyambut tahun baru yang menandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baharu. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial bagi masyarakat dayak.


Persediaan menyambut Gawai Dayak bermula apabila tibanya bulan Mei dengan proses penapaian “tuak” iaitu sejenis minuman tradisi komuniti Dayak. Penapaian tuak mengambil masa kira-kira sebulan. Tuak dihasilkan daripada penapaian nasi pulut yang telah dimasak dan dicampur ragi sebelum disimpan dalam tempayan.

Apabila sudah ada sedikit air tuak tulen pada nasi pulut yang ditapai itu, air yang telah dimasak dan dicampur gula akan ditambahkan secukupnya mengikut banyaknya nasi pulut tersebut. Pada akhir bulan Mei, air tuak itu boleh ditapis dan diminum. Meminum tuak melambangkan kekuatan tenaga dan keberanian hati tanpa berbelah-bahagi.


Semasa aku pergi ke rumah panjang di Sg Tunoh aku juga diberikan tuak. Aku ambil tuak letak dekat mulut kemudian aku beri semula. Aku cakap "Nak ngirup, nak rokok, Nak ng..." (aku cakap aku tak minum tuak pasal aku Islam, aku tak merokok dan tak bla.. bla..). Dia orang datang bawa nescafe dan dia minum dulu selepas itu beri kepada aku. Aku tanya Ujang (gambar bawah nanti baju merah sebalh aku) anak murid aku yang mengirim aku ke sana. Ujang cakap dia nak pasti betul-betul nescafee baru dia bagi kepada aku.

Setelah siap membuat tuak iaitu selepas pertengahan bulan Mei, kaum wanita akan membuat kuih-muih tradisi orang Dayak yang dipanggil “sarang semut”, “acuan” dan “kuih sepit”. Kuih-muih ini diperbuat daripada tepung beras yang dicampur air, telur and gula lalu digoreng sehingga keras dan kering dalam minyak masak. Kuih-muih yang telah siap akan disimpan dalam tempayan atau tin supaya tahan untuk beberapa minggu tanpa basi sementara menunggu tibanya hari gawai.


Mereka juga mnembersih rumah untuk persedian Gawai. Selepas itu, acara pembersihan kubur juga  diadakan setiap tahun sebagai tanda penghormatan bagi orang yang telah meninggal seperti nenak-moyang, ahli-ahli keluarga, sahabat handai and masyarakat setempat.


Rumah Panjang akan mengadakan mesyuarat untuk sambutan Gawai yang akan diadakan pada 1 Jun setiap tahun termasuk 31 Mei. Acara-acara tradisi termasuklah meminum air panjang umur, perarakan, pertandingan ratu cantik seperti pekit Kumang dan Keling bagi kaum Iban, pendirian pokok “ranyai”, bermain muzik tradisi, menari tarian asal seperti ngajat dan datun jalut, persembahan seni mempertahankan diri dan nyanyian puisi rakyat.


Biasanya pada pagi 31 Mei, merekai akan turun mencari makanan di hutan atau kebun terutamanya umbut yang sedap dimasak sup dengan daging haiwan. Ikan, haiwan liar dan sayuran hutan juga dicari sebagai lauk-pauk sebelum gawai.


Nasi pulut “pansoh” (lemang) akan dimasak dalam ruas buluh supaya ada aroma istimewa daripada buluh tersebut yang tidak diperoleh jika dimasak dalam periuk. Nasi pulut ini dianggap hidangan istimewa kerana kelekitannya melambangkan perpaduan dalam kalangan komuniti itu yang menjamahnya.Nasi pulut juga digunakan untuk membuat nasi manis dan tuak, sebagai salah satu sajian kepada para dewa dan membaling tiang chandi sewaktu gawai burung atau kenyalang.

Latar belakang itu adalah kain pua, aku dapat satu yang menang pertanding tahun sebelumnya.
Masih ada rumah aku sampai hari ini.

Sementara itu, tikar-tikar anyaman tradisi dengan rekaan bunga-bungaan yang cantik dan berwarna terang juga akan dibentangkan di sepanjang ruai rumah. Jenis-jenis tikar tradisi termasuklah tikar bemban, tikar rotan dan tikar kulit kayu. Kain-kain tenunan atau ikatan tradisi yang dipanggil “pua kumbu” pula digantung di dinding-dinding sebagai perhiasan. Kraftangan yang lain seperti bakul dan topi besar boleh juga digantung di dinding-dinding bilik.
Itu cerita serba sedikit mengenai Hari Gawai.


Ini adalah gambar anak murid aku 4 Sains 1, 1994. Bina Mardin, aku, Anna Hellerger dan Susie S.L. Agaknya mana mereka sekarang? Semuanya kini berumur sekitar 41 tahun.

Ada banyak lagi gambar, tapi cukup yang ini dan ada juga banyak gambar aku sudah 'hapus' atas pelbagai alasan. Terutamanya gambar Iskandar, Mat Yaakub dengan kumang gawai di SMK Kapit. Dia orang ada yang pakai pakaian benar-benar asli Iban Sarawak.

Gayu Guru Gerai Nyamai
Lantang Senang Nguan Menua.....
kepada yang masih ingat cikgu Zul "ketua penyamum" (Tukang ambil kepala)














Post a Comment

0 Comments