About Me

header ads

Dakwa guru pukul anak, bapa lapor polis


Hari terbaca berita Bernama berkenaan guru pukul pelajar. Aku sebagai guru disiplin aku tak nak salahkan cikgu 100% tetapi aku juga memahami ada guru-guru menjadi emosi dalam membuat tindakan. Jika perkara ini telah menjadi isu polis, biarlah pihak polis menyelesaikannya. Kita sebenarnya tak faham apa situasi yang berlaku.

Sepanjang aku menjadi guru disiplin lebih 20 tahun, pihak hospital kadangkala lebih-lebih dalam hal guru pukul pelajar.. ini pengalaman dan pengamatan aku, bukan fakta dan jangan marah. Anda boleh baca berita di bawah...

..................................

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang murid perempuan Tahun Empat dipukul oleh seorang guru lelaki sehingga mengalami kecederaan tisu lembut.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata laporan polis dibuat oleh bapa mangsa pada 9.59 malam, Isnin lepas mendakwa guru lelaki berusia 50 tahun telah memukul belakang badan anaknya.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipukul dengan tangan dan pemeriksaan doktor di Hospital Bentong telah mengesahkan kecederaan akibat dipukul tersebut," katanya menerusi kenyataan semalam.

Zaiham berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-Bernama

Post a Comment

0 Comments