About Me

header ads

HitPaw Video Converter


Rasanya sangat lama saya tak menulis pasal software di blog ini. Banyak betul software baharu terutamanya pasal gambar dan video kerana applicatioan smartphone banyak memberi fokus atas perkara ini.

Penulisan saya kali ini adalah memberi fokus kepada satu software daripada developed oleh HitPaw. Co., Ltd untuk kegunaan PC devices. Banyak software baharu daripada HitPaw tetapi saya nak fokus kepada HitPaw Video Converter 3.0.1 ada yang menarik yang boleh dikongsikan bersama. Sebelum tu saya sembang-sembang dulu sesuai dengan topik artikel kali ini adalah "SEMBANG SOFTWARE"

Any Video Converter Ultimate 7.xx

Semasa saya "tegok giler" (hobi berlebihan) 'main' video dan filem saya jumpa berpuluh-puluh jenis software converter. Ada satu filem entah apa masalah codecnya saya tak boleh nak convert kepada format MKV... habis software saya test... tak boleh tak sampai 100% terus 'mati'. Ada satu malam tahun bila saya kena buat video persaraan di sekolah, saya test Any Video Converter. Oleh kerana convert filem 2-3 jam makan masa saya convert dan tinggal terus ke sekolah... dan bercakap dengan PC.. Jika berjaya convert saya guna software ini untuk personal converter saya. Sebelum ini saya guna WinAVI converter atau FreeMake Video Converter. (yang ini boleh set saiz fail kita nak)

Bila saya balik pagi itu saya dapati Any Video Converter berjaya convert video bermasalah itu.... Saya guna sampai sekarang. Tapi sekarang ini tak fokus sangat pasal convert-convert tak banyak digunakan seperti zaman 80an dan 90an dulu... dunia makin canggih.

HitPaw Watermark Remover 1.0.1.0


Bermula HitPaw

Saya suka explorer software saya terjumpa satu software baharu HitPaw Watermark Remover 1.0.1.0. Saya test software ini agak menarik tapi sampai di situ ajelah...

Satu hari anak sulong saya call, dia ada sikit masalah berkenaan nak buat video segera kerana syarikatnya selalu nak emergency.. jadi ada satu part video klip tu ada watermark... saya bagi softeware ini dia kata berjaya buang... habis sampai situ juga.

Bermula Test HitPaw

Pagi semalam semasa saya tinjau-tinjau software terlihat HitPaw Video Converter. HitPaw terlintas dalam hati software ini hebat juga boleh buang watermark... Jadi ada hasratlah nak test software ini.

Malam tadi balik rumah... dah tidur.. tapi rasa lapar perutnya.. lihat jam nak pukul 1 pagi. Buka peti ais terlihat dalam peti ais ada kari istimewa isteri saya masak. Microwave pulak dah jem dah beberapa minggu... nak beli baharu 'pitih' tak berapa ada lagi. Jadi saya 'kobek'lah (explorer) test boleh panaskan nasi dan kari.. Buka laptop kebetulan baharu format masih banyak software tak ada jadi terfikir install HitPaw sebagai converter dalam laptop ini. Tujuan asal nak convert video youtube ke format MPEG 1 untuk kereta Livina saya yang masih guna player lama. Bila saya test terkejut ada banyak lagi fungsi-fungsi sampingan pada HitPaw Video Converter ini...


HitPaw Video Converter 3.0.1 paparannya bersih dan kemas.. kira lite aje. 


Pilihan untuk format converted pun kemas dan lite. Bagi saya ini sangat selesa dan memudahkan.

Saya test download video Cg Md Rahim post di facebooknya

Boleh download daripada website termasuk youtube, facebook, instagram dll.



Boleh Download Youtube sebagai Audio dan Subtitle jika ada

Ini ciri yang saya suka ialah download di youtube misalnya kita boleh pilih sama nak download video atau audio sahaja. Selain itu jika ada subtitle kita boleh download sekali dengan subtitle. Sebelum ini kalau saya nak mendengar kuliah sebagai MP3 sahaja saya download youtube menggunakan software 4K Downloder. Sekarang tak perlu lagi install 4K.


4K Video Downloader 4.22 versi terkini


Walaupun HitPaw ada fungsi ini saya masih lihat ada sedikit kelemahan HitPaw tak ada fungsi nak download secara automatik semua video (atau coverted MP3 misalnya) daripada channel youtube. Dulu saya pernah menggunakan 4K untuk download lebih 2000 ++ kuliah drp channel Ustaz Najmi Kazim tinggal aje sehingga selesai.




Subtitle yang didownload kadang kala tak ada dalam Bahasa Melayu boleh kita guna software SubtitleEdit untuk convert kepada Bahasa Melayu termasuk Indonasia - Malay.



HitPaw juga mempunyai beberapa ciri edit video yang hampir setara dengan software video editing yang biasa digunakan.



Pada menu pilihan TOOL ada banyak perkara yang menarik yang saya boleh kongsikan beberapa tool yang dikatakan boleh membantu memudahkan kerja kita.



Vocal Remover

Ini sangat menarik dan menjadi punca saya menulis artikel ini. Dulu nak remove suara (voice) biasanya kita guna Audacity satu freeware (percuma). Walaupun percuma simple tetapi digunakan dalam selibus teks Asas Sains Komputer (ASK) tingkatan 1.


Ini adalah cara nak remove vacal menggunakan software Audacity. Saya tak guna Audacity tetapi saya guna SoundForge.


Ini adalah contoh saya buang vokal dengan software SoundForge. Tapi tak kemas seperti penggunaan software sekarang.... dahlah tu klik-klik aje.


Background Remover

Walaupun software ini bernama "video coverter" tapi boleh edit gambar juga. Saya pun keliru kenapa ada sekali dalam tool pada software ini. Klik aje terus remover background. Boleh tukar warna latar belakang... Jangan tanya gambar siapa tu... Itu gambar saya berumur 12 tahun... mesti tak percaya kan!


Banyak lagi fungsi-fungsi lain yang saya tak akan ulas... dah letih menulis panjang sangat... Saya hanya akan tunjuk satu lagi bagaimana nak rakam Youtube LiVE


Ini contoh kuliah ustaz Azhar sedang berlangsung sekarang...

 YouTube Live Stream Downloder

 Copy URL Youtube Live Stream Downloder, pilih  YouTube Live Stream Downloder secara automatik paparan download akan terhasil seperti di bawah. 


Rakam sehingga selesai atau kalau nak sekerat aje stop download. Untuk makluman boleh download beberapa live secara sekali gus.


Ini contoh saya rakam 3.25 mini sahaja.

Ok berhenti di sini.

Jika nak software ini sila ke https://t.me/software_application/1898 anda boleh ambil sendiri dengan tanggungjawab sendiri.





Post a Comment

0 Comments