About Me

header ads

Doa, Rintihan atau Harapan

 


Pagi tadi hantar anak bungsu Tingkatan 5 untuk kelas tambahan di SMASID. Balik daripada hantar me;lintas warung makan... terfikir sarapan pagi untuk Isteri dan anak ke-4 (kebetulan dia cuti 3 bulan) aku yang ada di rumah. Tapi pakaian aku masa turun tadi "serebeh" (tak kemas, kain pelikat dan t-shirt aje.. rambut memang tak sikat he he) aku fikir 2-3 kali nak membeli makanan. Lagi pun laluan aku balik kg Padang Jambu, Bukit Chatak dan Jalan Ustaz Omar adalah kawasan aku semasa kecil dulu. Kalau aku turun... jawabnya jumpa kawan bersembang lamalah....

Aku pula sedang siapkan video Pertandingan Risensi Buku. Masa tak banyak. Tak beli terfikir apa kata isteri aku... mesti dia fikir aku tak cakna. Fikir fikir punya fikir, akhirnya aku buat keputusan minta Mursyid Zul beli sarapan pagi... biarlah apa isteri aku nak kata.

Dah hampir sangat nak sampai di rumah anak bungsu aku call, dia tanya ayah ada dimana, dia nak beli sarapan pasal mungkin balik lewat. Aku pun kata ok....

Walaupun menyusahkan kena patah balik ke SMASID sebenarnya Allah s.w.t. memberikan aku jalan penyelesaian untuk sarapan pagi. Aku duduk dalam kereta kerana pakaian 'serebeh'... anak aku beli sarapan pagi untuk Ummi dan abangnya.

Sebenarnya doa, rintihan, keluahan daripada hati yang ikhlas bukan menyalahkan, Allah s.w.t pasti akan datangkan pertolongan pada dasarnya kita lihat secara 'kasar' mungkin itu menyusahkan tetapi jika dihalusi adalah pertolongan Allah hasil drp rintihan, keluahan kita... mungkin juga doa kita.

Perkara ini sebenarnya banyak kali berlaku dalam kehidupan kita sebab itu kita kena redha dengan apa yang berlaku dan bersyukur dengan apa yang ada.

Di sekolah aku kadangkala dibebani tugas yang tak sepatutnya. Dalam hati aku tahu ini adalah "PERTOLONGAN ALLAH" walaupun pada dasanya aku selalu bergurau "MENANTANG MANA PULAK SURUH BUAT HEH"...

Post a Comment

0 Comments