Jangan tengok lama-lama gambar di atas... memang mengelirukan kerana pemandangan pertama selalu menipu... Ok fokus bacaan di bawah.
Seorang wanita dalam usia 20 an dirujuk ke klinik mata untuk pemeriksaan lanjut kerana mengalami masalah penglihatan sejak beberapa bulan lalu.
Penglihatannya dahulu terang dan jelas dengan bantuan cermin mata semakin lama semakin kabur dan gelap gelita.
Pertanyaan lanjut mendapati beliau telah menggunakan ubat titisan mata yang di perolehi dari peniaga yang menjalankan satu demonstrasi khas di surau berhampiran.
Ubat titis yang dikatakan dapat menyembuhkan rabun jauh itu telah digunakan selama beberapa bulan, 2 kali setiap hari.
Pemeriksaan lanjut mendapati tekanan bebola matanya cukup tinggi! Tekanan tinggi ini menyebabkan saraf mata terhimpit dan menjejaskan penglihatan.
Ubat titis mata yang kononnya merawat rabun jauh itu sebenarnya adalah cecair steroid. Penggunaan ubat mata yang mengandungi steroid tanpa kawalan menyebabkan masalah Steroid Induced Glaukoma- buta berkekalan yang penuh kekesalan.
.
Sekiranya ada mana mana pihak yang mendakwa ubat titis mata mampu merawat dan menyembuhkan masalah mata seperti katarak, selaput mata, rabun jauh dan dekat... ketahuilah ia adalah PENIPUAN semata mata.
Sumber :
0 Comments