About Me

header ads

Sepatutnya berita begini, hanya pelajar ‘kurang mampu’ dapat kerusi meja, kata PM


Program Sarapan Percuma (PSP) di sekolah akan diteruskan namun disasarkan kepada murid daripada keluarga kurang mampu sahaja, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, adalah tidak adil untuk turut menyediakan bantuan itu kepada anak daripada golongan berada.

“Kita akan teruskan program (PSP) yang ada sekarang, tetapi akan tertumpu pada mereka yang kurang mampu.

“Jika yang ada duit, kaya, yang makan di rumah banyak pun dapat, itu tak adil ,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur Tenaga Nasional Berhad di sini hari ini.

Kementerian Pendidikan sebelum ini menyatakan PSP fasa pertama 2020 akan bermula 20 Januari ini membabitkan 37,000 murid dari 100 sekolah di seluruh negara, dengan anggaran kos RM22 juta.

Ia menggunakan menu makanan berkonsepkan Grab ‘n’ Go terdiri daripada menu minuman produk tenusu atau minuman berkhasiat dan makanan ringkas seperti roti, biskut, snek bijirin, kuih, sandwic, buah-buahan atau telur rebus.

Aku kurang setuju, makanan sihat untuk golongan miskin sahaja.
Kenapa golongan kaya tak perlu jaga makanan dan "makan ikut dang" (makan ikut selera)?Sekolah ada tempat mendidik kaya dan miskin pelajar perlu belajar bagaimana nak makan makanan sihat.

Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.

Anak-anak kita terutama murid sekolah rendah terus sihat dan cergas sekaligus membantu mereka memberi tumpuan yang baik dalam pelajaran setiap hari.

Anak kita juga memerlukan jadual dan amalan pemakanan yang seimbang agar dapat memastikan mereka belajar dengan lebih baik semasa berada di dalam kelas.

Malainkan kerajaan yang tak mampu nak sediakan kebajikan dan kemudahan untuk semua rakyat tanpa kira miskin atau kaya. Kalau itu alasan Tun Mahathir itu logik maka aku cadangkan tak payah sediakan kerusi meja untuk orang kaya, mereka ada duit mereka boleh beli kerusi meja apa sahaja sebab mereka ada duit, abaikan keseragam, abaikan mendidik!

Ini 7 sebab kenapa menu sarapa pagi yang sihat perlu untuk kanak-kanak. Ini aku copy * paste aje drp internet...

7 Sebab Kenapa Kanak-Kanak Harus Ambil Menu Sarapan Pagi Yang Sihat
Anda tahu tak kenapa setiap hari kita perlu mengambil sarapan pagi? Ini antara 7 kebaikannya yang sering kita terlepas pandang.

#1. Menurunkan berat badan & meningkatkan prestasi
50 peratus individu yang tidak ambil sarapan pagi akan mengalami berat badan yang berlebihan.

Dalam masa yang sama dengan mengambil sarapan juga ia dapat membantu meningkatkan fokus, memori dan kebolehan mental seseorang.

#2. Mulakan hari dengan sesuatu yang berkhasiat



Secara saintifik, jika anda mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat setiap hari ia juga dapat memberikan anda diet yang sihat sekaligus dapat memulakan hari dalam keadaan yang ceria.

#3. Meningkatkan metabolisme badan

Dengan pengambilan menu sarapan pagi yang sihat juga dapat meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembakaran lemak tubuh.

#4. Tingkatkan prestasi dan keresahan

Kalau nak tahu, sarapan dapat membekalkan sumber vitamin dan nutrisi yang penting untuk tubuh. Sekaligus ia dapat membekalkan tenaga untuk anda memulakan senaman bagi membakar lemak.

Bahkan, dengan sarapan juga dapat mengelak perut berasa lapar dan tidak makan secara berlebihan di waktu tengah hari.

#5. Mengurangkan risiko penyakit dan memperbaiki mood

Secara amnya, rutin diet yang sihat ini dapat mengurangkan beberapa gejala penyakit seperti hipoglisemia, hypotension dan diabetes.

Selain itu, ia juga dapat memperbaiki mood anda ke arah yang lebih ceria dan bahagia.

#6. Kesihatan jantung terpelihara



Dengan mengambil makanan yang berkhasiat di waktu pagi juga dapat meningkatkan tahap kolesterol dalam darah.

#7. Baiki hubungan dengan keluarga

Akhir sekali, makan sarapan pagi bersama keluarga juga adalah salah satu cara terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Nikmati waktu indah ini dengan sebaiknya.







Post a Comment

0 Comments