Kalau kita tonton filem kung fu kita akan bertemu banyak kisah anak murid lawan tok guru. Aku sebenarnya jenis anak murid lawan tok guru.. Tapi aku bukan jenis derhaka kepada tok guru. Saja-saja lawan dan itu mungkin itu cara 'metelaah' ilmu.
Salah seorang junior 2 tahun aku di UTM ialah Abdullah Atan @ Yaakub. Dia adalah sahabat baik aku. Aku dengan dia se'fikrah' dalam banyak hal. Dulu semasa tinggal di rumah sewa di Jalan Gurney (sekarang Jalan Semarak) rumah sewa aku selang dengan rumah sewa dia hanya dipisahkan oleh rumah Dato' Tahar yang telah dijual kepada Mona Fandy yang bunuh Dato' Tahar 18 kerat. Walaupun tak serumah kami rapat.
Bila balik daripada Sarawak sekitar 1994 aku mula aktif dengan komputer, aku makin rapat dengan Abdullah Atan. Banyak kenangan manis dengan beliau. Untuk penulisan kali ini aku pilih satu cerita menarik berkenaan PHPNuke.
Akhir 90an nak masuk tahun 2000 aku mula berkecimpung dengan laman web. Masa tu aku buat web dengan HTML. Aku belajar sendirinya "try and error". Daripada 'buta kayu' sehingga aku boleh membaca dan menulis 'koding' HTML.
Masa tu aku menggunakan Netcape Navigator. Mula daripada lepas Isya' sampai subuh. Masa tu baharu kahwin, anak tak ada lagi... Bini Sporting... baharu kahwin semuanya wangi!!
Berjelir juga nak buat HTML mirip macam portal CMS sehingga Cikgu Yusri pun ingat Nuke.
Lihat web (portal) menggunakan PHPNuke, CMS pertama selepas itu banyak lagi seperti POSTNuke dll. Joomla masa tu tak ada lagi. Aku pun terasa nak belajar Nuke.
Aku call Loh (nama ringkas Abdullah Atan). Tanya dia boleh tak buat web dengan PHPNuke. Dia cakap tak, dia hanya tahu bahasa komputer ASP. PHP dia tak belajar. Aku pun kutuk dia, "Cis enta belajar IT macam mana tak tahu!!"
Aku cakap aku nak turun KL nak jumpa dia. Aku minta dia freekan masa 2 hari untuk aku. Dia cakap ok. Datanglah di pejabat dia katanya.
Aku pun turun KL. Kami berbincang pasal web, aku pun kemuka macam-macam idea, dia macam tak serius. Dia cakap ada kawan dia pandai PHNuke, tapi kalau nak ajar dia minta upah RM300 sekali ajar. Dia pun segan nak tanya, walaupun baik. Kalau ajak dia mesti bayar juga.
Akhir Loh buat koding dan start explorer PHPNuke. Daripada pagi sampai petang, masuk malam hampir tengah malam akhir kami berjaya setup PHPNuke, setup server dan setup database MySQL Kami buat juga beberapa query sendiri untuk paparan tidak mengikut 100% template asal daripada PHPNuke. Kami juga kena ambil kita pasal scurity kerana masa tu ramai geng-geng jeni nak tunjuk terrer hack webbase orang punya.
Rupanya ada beberapa koding ASP boleh dibaca oleh PHP hanya kena tukar beberapa 'syntax' aje. Macam dulu Microsoft Excel boleh baca kodingLotus 123.
Dekat pukul 1 pagi dia cakap "Ana nak balik, enta sambung". Rumahnya di Kepong. Kami di KL, pejabatnya masa tu di Taman Melewar. Aku pun sambung sampai subuh.
Esok pagi sekitar pukul 10 dia dah sampai. Dia terkejut lihat aku dah siap dengan design portal sekali. Akhir dia buat satu portal aku pun buat beberapa portal termasuk sekolah aku dulu dan sekolah aku sekarang.
Sebelum ini dia ada tunjukkan aku bagaimana menggunakan satu pc buruk dijadikan server nak buat kawalan untuk penggunaaan internet dipejabatnya. Masa tu aku tak berminat. Tapi bila ada isu 3 line Unifi 100Mb sekolah aku masih menjadi terganggu kerana pengguaan lebih terutama daripada guru dan pelajar tingkatan 6 aku mula terfikir nak buat kawalan itu. Tapi malang dia dah pergi... nampak kena belajar sendirilah.
Dia meninggal ditempat kejadian akibat kemalangan maut di kawasan berhampiran Tol Jalan Duta semalam (Khamis 3 Oktober 2019) ketika nak ke pejabatnya. Semasa dia meninggal sekitar 1.45 tengah hari itu adalah ketika aku call dia, dan dia tak jawab call aku. Aku terfikir mungkin dia masih tak balik solat lagi... tunggu-tunggu call balas hingga aku tertidur. Bila bangun tidur lihat telefon dapat berita di dah tak ada...
Tersentak, hampir berderai air mata...
Dua hari masih teringatkan dia.
Seorang yang sangat merendah diri, jujur, istiqamah dan tawaduk.
0 Comments