Petang tadi aku terima masej dalam whatsapp keluarga daripada anak kedua aku Nabihah Syafiqah yang kini ada di KQT.
Tdi belajor arab ذو bermksud (memiliki/mempunyai) ذول jdi tergantung sbb "ل" tu jdi حرف جر iaitu kata penyambung Jdi name ayah tergantung 😂 Jdi " yang memiliki....."
Aku pun balas "Yang dimiliki oleh Jiwaku"
Dia balas gelak "Tpi xdok ayt penyambung selepas zul tu 😂"
Aku pun balas lagi Zul dimiliki oleh Rohani (isteri aku, mak dia) bermakna.... "Yang dimiliki oleh Jiwaku"
Dia balas "Ceh 🙄🙄 Dok sweet pun 😂"
Nama aku pada asalnya ada dua pilihan iaitu ZAKARIA atau ZULKIFLI. Semasa nak mendaftar nama yang pergi mendaftar ayah aku. Ayah aku ini 100% bukan Melayu, cakap BM dia pun mungkin tak berapa baik.
Dia cakap nak berikan nama Zulkifli. Mungkin ditanya banyak kali dia pun cakap Zul! dan tahulah yang mengurus pendaftaran itu memang berbangsa Melayu 100% tapi bahasa Melayu pun bukan hebat sangat, di taruhnya ZUL. maka kekallah nama aku ZUL sehingga hari ini.
Banyak kali juga bila aku mendaftar mana-mana forum, seminar atau kehadiran dia orang tanya nama awak ZUL SAHAJA ke?
Aku jawab tak?
Habis?
Aku jawab ZUL tak ada SAHAJA.
Ada yang gelak, dan ada juga yang masam 'mencantung' terutama kalau perempuan... Orang 'puan' ni bukan boleh bergurau.
Dulu aku semak daftar pemilih di negeri Terengganu, ada 26 orang yang namanya 3 aksara ZUL di Terengganu yang boleh mengundi. Ramai juga nama macam aku rupanya.
Ni kawan rapat aku di UTM, Junior setahun. Nama dia ZU BIN MOHD NOR. Dua aksara sahaja. Aku rasa dia tambah satu huruf di Pejabat pendaftaran menjadi ZUL,
Dulu ada bos Pendaftar Kelahiran dan Kematian Negeri Terengganu yang namanya ANI BT ALI. Pendek ajekan.
Nama terpendek di Malaysia yang tercatat sekarang ialah S BINTI RUSLI. Patutnya ayah aku berikan nama aku Z, aku pun boleh tulis ZEK, ZACK atau ZORRO... Kan best.
Aku daftar anak aku yang ketiga dengan nama MUHAMMAD HAZIQ IZANUDDIN BIN ZUL. Aku sengaja buat tiga patah perkataan. Mesti orang kata nama panjang ayah nama pendek...
Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
0 Comments