About Me

header ads

Selamat Hari Jadi Intel Pentium

Beberapa hari lalu, iaitu 22 Mac 2013 adalah ulang tahun ke-20 Intel Pentium. Satu langkah kepada perkembangan teknologi yang membuka era dunia pemkomputeran yang lebih mantap.

Intel memperkenalkan Pentium 60 CPU 5-volt Socket 4, dengan 3.1 juta transistor yang diproses melalui 800 nanometer.

Sebagai guru Fizik, aku mengajar anak murid tentang transistor, aku juga ajar tentang diod transistor. Jenis transistor PNP dan NPN. Ajar bagaimana mengira litar pemungut dan litar pengeluar. Ada yang belajar dan mengambil pengetahuan ini untuk dikaitan pada kehidupan dan ada yang sekadar belajar nak lulus SPM sahaja.


Gambar di atas adalah rupa transistor, besar pasal itu body TV dan komputer besar. Bayangkan ada 3.1 juta transistor dalam satu cip Pentium yang bersaiz 2" X 2"???

Makin hari makin kecil cip dan makin banyak transistor di"sumbat" ke dalam cip tersebut. Hari ini cip menajalankan proses 22 nanometer dengan 1.4 billion transistor.


Pada 22 Jun 1996 aku beli satu cip Pentium 166 dengan harga RM1900.00. Itu belum masuk lagi harga RAM yang pada masa itu 1MB (bukan 1GB) berharga RM100.00. Pernah dulu aku lihat harga cip ini dijual dengan hanya RM90 (baru dan jaminan 3 tahun). Selepas itu tak ada harga...kerana Pentium 2, 3, 4, Celeron, Core2Duo, QuadCore dan i3-i7. Cip di atas masih ada didalam kotak 'sampah sarap' barangan komputer lama aku.

Kalau aku beli sebuah motosikal HondaCup buruk dengan duit itu, sekarang ini kalau aku nak jual motor buruk berkenaan RM500 aku rasa ramai yang berebut-rebut untuk dapatkannya.

Teknologi IT berbeza.. banyak yang berlalu bukan sahaja barangan malah ilmunya. Misalnya dulu orang belajar COBOL, TURBO PASCAL, FOTRAN.. dan macam-macam tetapi sekarang semuanya menjadi 'sampah' yang tidak boleh dimanafaatkan.

Sebelum aku hentikan artikel ini, ada yang bertanya aku kaki cip itu emas tulin ke? Ya.. tapi tak berbaloi untuk mendapatkannya kerana terlalu sedikit.. Sekadar sadur sahaja...

Post a Comment

0 Comments