About Me

header ads

Budak 18 tahun

 

Sekarang kedengaran isu bahawa remaja berumur 18 tahun tidak matang berfikir, masih dalam perubahan alam persekolahan kepada alam remaja.

Tapi bila saya baca sejarah Islam, dua orang remaja dari kaum Anshar, iaitu Muaz bin Amr Al-Jamuh dan Muawwiz bin Afra. Masing-masing berumur 14 tahun dan 13 tahun adalah orang yang bertanggungjawab membunuh Abu Jahal musuh Islam nombor satu di dunia pada masa itu.

Kita juga tahu Usamah bin Zaid ketika berumur18 tahun memimpin pasukan yang anggotanya adalah para pembesar sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Abu Bakar dan Umar untuk menghadapi pasukan terbesar dan terkuat di masa itu.

Kita juga tahu Sa’d bin Abi Waqqash pada usia 17 tahun telah pergi berperang dan melontar anak panah di jalan Allah. Termasuk dari enam orang ahli syura kaum muslimin.

Kita tahu Al Arqam bin Abil Arqam menjadikan rumahnya sebagai markas dakwah Rasul Shallallahu’alahi wasallam selama 13 tahun berturut-turut. Tahukah kita saat itu umurnya baharu 16 tahun.
Zubair bin Awwam berumur 15 tahun telah menghunuskan pedang di jalan Allah. Diakui oleh Rasul Shallallahu’alaihi wasallam sebagai hawari-nya. Dia sama hebat dengan Khalid Ibnu alWalid boleh menghunus pedang tangan kiri dan kanan atas kuda.

Zaid bin Tsabit ketika 13 tahun telah menjadi penulis wahyu. Dalam 17 malam mampu menguasai bahasa Suryani, sehingga menjadi penerjemah Rasul Shallallu’alalihi wasallam. Hafal kitabullah dan ikut serta dalam kodifikasi Al Qur’an.

Atab bin Usaid ketika berumur 18 tahun telah diangkat oleh Rasul Shallallahu’alaihi wasallam sebagai gabnur Makkah.

Thalhah bin Ubaidullah ketika berumur 16 tahun telah menjadi orang Arab yang paling mulia. Berbaiat untuk mati demi Rasul Shallallahu’alaihi wasallam pada perang Uhud dan menjadikan dirinya sebagai benteng bagi Nabi.

Muhammad Al Fatih ketika 17 tahun menjadi khalifah dan 22 tahun menaklukkan Konstantinopel ibu kota Byzantium pada saat para jenderal agung merasa putus asa.

Abdurrahman An Nashir ketika berumur 21 tahun di Andalusia menjadi ahli sains dan teknologi menjadikan kebangkitan sains yang sangat hebat pada masa itu.

Muhammad Al Qasim ketika berumur 17 tahun telah menaklukkan India sebagai seorang jenderal agung pada masanya.

Ni kalau di senaraikan lagi rasanya post ini jadi buku sejarah. Tapi pelik kalau ada yang kata umur 18 tahun tak tahu berfikir seluar dalam masih mak bapak belikan.

Post a Comment

0 Comments