About Me

header ads

Selepas PKP aku kena mengajar PSV pula


Tahun 2014 aku kena mengajar PSV setelah lama mengajar PSK. Masa tu aku telah menulis panjang lebar tentang penyeksaan ini dalam tulisan aku... Aku ambil petikan ini supaya Cik Zam baca...


Hari ini 21 Januari 2014 adalah ulang tahun saya yang ke-?? (rahsia... nanti nampak sangat tua). Pagi tadi isteri dan anak-anak memberi hadiah. Sekarang sekolah pula bagi 'hadiah' istimewa "JADI GURU SENI" naib baik tak bagi guru subjek "Bible Knowledge" kalau tak susah pula aku nak sebut perkataan ALLAH dalam bahasa Melayu!

Beri kita mengajar bukan mata pelajaran kita suatu 'penyiksaan secara psikologi' bayangkan kalau anda tak reti apa-apa nak bercakap tentang seni... lukis orang setakat boleh guna DOJOB U aje itu pun boleh lukis orang India. Kita nak bercakap apa, kalau kita buat garis pun tak boleh lurus (freehand).


Dulu saya pernah menulis, jika kita tidak mengajar opsyen itu bermakna kita sudah berada dipinggiran... Saya ada menulis pasal mengajar subjek Pendidikan Sivik & Kemasyarakatan (PSK), boleh baca di sini (sila klik). Saya juga sebut pasal tugas kaunseling (sila klik).

Banyak tahun aku saya aku macam 'rileks' aje di sekolah ini... jadi rasanya PSV ini adalah cabaran baru untuk aku mungkin ada sesuatu yang aku boleh buat.

Aku teringat cg. Asmadi yang kini menjadi orang kuat di PPD Baling, Kedah, dulu sama-sama di Kapit, Sarawak. Aku selalu kacau dia pasal subjek pendidikan seni. Orangnya sensitif (jiwa seni)... dia jadi sumber inspirasi aku.... tergelak Madi bila baca tulisan ini... aku boleh bayang macam mana dia tergelak dan memang dia suka sebut perkataan "TERGELAK".

Asmadi.. dulu lutut calak (suka pakai seluar pendek)..
sekarang warak.. kupiah tak tinggal..

Langkah pertama aku bina blog ini sebagai blog 'medium pnp aku dengan pelajar'. Tadi masuk kelas 'sesak nafas' nak habiskan masa 80 minit. Nasib baik boleh buat loyar buruk...


Hari pertama pelajar 1 IBS 2 kena buat 2 tugasan bagaimana
garisan menunjukkan ruang dan ton warna.

Ok.. nanti aku merapu lagi!


Hasil daripada mengajar PSV aku buat blog PSV. Aku buat blog kerana payah sangat nak dapatkan nota PSV. Cikgu PSV mana 'reti' (tahu) buat blog lihat aje Cikgu Amra dan Najib... tahu conteng dinding sekolah aje....

Ini blog PSV aku aku namakan SENI VISUAL 2014 -- http://subjekpsv.blogspot.com
Cikgu Najib pun terkejut bila search nota PSV keluar nama aku... he ha ha baru dia tahu hebat juga aku bahagian copy & paste

Pasal apa aku nak Cikgu Zam baca tulisan ni, kerana dialah tukang buat jadual waktu yang masukkan nama aku dalam subjek PSV. Banyak pula dosa aku nak kelentong budak-budak Tingkatan 2 pasal PSV...

Bila masuk kelas budak-budak kata paling akhir belajar bab Catan. Nantang apa Catan pun aku dok tahu.. tapi aku smart aku dah masukkan buku teks pdf dalam telagram aku. Aku pun buka dan baca nota...

Budak-budak ingat cikgu main whatsapp... selepas 2-3 minit aku baca.. Aku ni bukan "nok gong" (sombong), jenis orang cerdik baca sikit terus ingat... he he

Mulalah aku kelentong...







Ini contoh aku buat untuk hasilkan ton dengan menggunakan
teknik basah atas kering.. dan kering atas kering untuk tepi menghasilkan ton

Nak suruh budak respek kita, kita kena tunjuk ke budak kita boleh buat. Aku pun minta 'pait' (berus) lalu aku pun tunjuk teknik basah atas kering, kering atas basah, kering atas kering, basah atas basah (itu pun aku baru baca 2 - 3 minit tadi)

Bila aku tunjuk budak, jadi pulak tu... Budak pun rasa aku cikgu seni yang hebat!!

Celaka Zam, banyak dosa aku kena tipu budak...
Nanti aku cerita pasal markah peperiksaan Pertengahan Tahun 2020 Pendidikan Seni Visual... Ada cerita menarik!






Post a Comment

0 Comments