Aku jarang 'makang' masakan singgang. Isteri dan anak sulong lelaki aku suka. Tapi kadang kala kita rasa nak makan. Jadi boleh dibuat hanya 8 minit sediakan bahan dan 8 minit memasak.
Bagaimana?
Gunalah microwave.. zaman moden perlukan peralatan moden
Bahan yang diperlukan ialah
- 2 atau 3 ekor ikan kembong-- ikut saiz bekas dan muatan microwave
- 1 inci lengkuas potong menebal
- 1 inci kunyit potong menebal - kalau tak ada guna kunyit debu
- 2 keping asam gelugur
- 5 biji cili api potong memanjang jangan bagi putus
- 3 ulas bawang merah mayang menebal
- 2 ulas bawang putih mayang menebal
- 5 biji kacang bendi
Masukan semuanya dalam bekas microwave (jangan lupa letak air... mana tahu bila aku tak tulis mu dok letak...) Letakkan sekali garam dan perasa bagi mereka yang makan ajinomoto yang bahaya itu. Aku tak guna MSG tersebut.
Masukkan dalam pilih kuasa macro high dan pilih 8 minit.
Tunggu sehingga siap....
Ok siap boleh dimakan dalam masa 8 mnit aje.....
Anda boleh cuba untuk sup daging.. buat 15 minit.....
Selamat mencuba.
0 Comments