About Me

header ads

Sayang Harta Orang Lain Lebih Daripada Harta Sendiri

 


Riwayat dari Aisyah R.A.:

"Rasulullah s.a.w. bercakap dengan jelas supaya dengan demikian sahabat-sahabat dapat menghafalnya dengan mudah."

Apabila bercakap, Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan bercakap cepat dan akan bertutur dengan lancar sehingga orang yang mendengar akan memahami bahagian-bahagian ayatnya. Baginda s.a.w. akan bercakap dengan jelas supaya orang yang hadir dalam majlisnya akan dapat memahami sebaik-baiknya.

Riwayat dari Anas r.a.:

"Rasulullah s.a.w. kadangkala mengulangi (mengikut keperluan) sabda-sabdanya sebanyak tiga kali supaya para sahabat dapat mengikutinya dengan pengertian."

Riwayat ini bermaksud apabila Nabi s.a.w. ingin menerangkan sesuatu hal yang penting dan rumit, baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali. Pengulangan tiga kali itu merupakan batasannya. Jika tidak baginda hanya akan menyebut sekali.

Daripada satu riwayat yang panjang, Imam Hasan r.a. menerangkan tentang sifat Nabi s.a.w yang sentiasa tenggelam dalam keresahan memikirkan tentang ALLAH, sifat-sifat-Nya dan Hari Akhirat.

Oleh itu baginda jarang bercakap kecuali benar-benar perlu. Percakapan yang ringkas dan membawa pelbagai makna merupakan mukjizat kenabian baginda.

Itu sebahagian daripada percakapan Rasulullah s.a.w. yang biasa kita jumpa...

Ada satu kisah nabi s.a.w. bercakap dengan bahasa yang sukar difahami. Pernah nabi bertanya siapakah dikalangan kamu yang sayang harta orang lain lebih daripada harta sendiri.

Sahabat tak menjawab... difikir nabi s.a.w. bergurau. Tapi nabi mengulangi lagi pertanyaan itu.

Lalu sahabat menjawab kami lebih suka harta kami lebih daripada harta orang lain.

Bayangkan kalau kita dan jiran kita beli kereta yang sama... ada dikalangan kita yang bangun pagi terus pergi basuh kereta jirannya dan membiarkan kereta sendiri?

Lalu sabahat tanya Rasulullah s.a.w. apa dimaksudkan pertanyaan tersebut.


Rasulullah s.a.w. menerangkan orang yang sayang nak derma atau sedekah hartanya sedangkan harta yang disedekah itu adalah hartanya dan harta yang ditinggalkan itu adalah harta orang lain, kadang kala harta itu tidak dimanafaatkan diakhirat nanti.












Post a Comment

0 Comments