About Me

header ads

Hari ini 55 tahun, masuk zon pencen

 


Pagi ini aku lewat sikit ke sekolah, aku bawa satu baldi rumpai air untuk diletakkan dalam kolam sekolah. Jumpa Pak Mie nak berikan rumpai... dia minta letak 'dekat kolam' (berhampiran kolam). Aku terus pandu kereta ke bangunan RBT, nak cari Cikgu Ilahani... dia tak ada, aku jumpa Cikgu Mat Ghani tinggal pesan.

Lepas tu aku pandu balik ke Makmal ICT nak parking di situ. Nak keluar kereta, nampak kasut Cikgu Haji Manawar di hadapan pintu makmal. Aku gelak mesti bilik Disiplin terkunci (dia tak bawa kunci... selalu lah tu) dia cari aku di makmal ICT.

Cg Hj Munawar ni, memang aku tension betul dengan dia... Kalau aku datang lewat atau 'tebor' (ponteng) mesti dia tahu. Dia seorang aje di sekolah tahu bila aku sampai, bila aku tak ada di sekolah. Di mana aku parking kereta... memang tak boleh nak kelentong dengan dia. Aku rasa dia ni spy pengetua... 😂 (joke)

Tak lama aku di sekolah pasal pukul 11.30 nanti isteri aku janji untuk sambut hari jadi aku. Isteri kita (bahasa Terengganu) mana tak tepati.. bukan apa sampai mati dia ingat 😃

Semalam aku dah hantar masej pada whatsapp keluarga, sambutan Hari Jadi ayah hanya masak di rumah... dan aku minta anak perempuan sulong aku, Bihah (Nabihah Syafiqah) menjadi Chief.. pasal mak dia ada meeting pukul 12.30 tengah hari.

Nak balik terganggu sikit dengan Cg Ong tanya pasal notebook. Juruteknik pula call cakap ada masalah line unifi sekolah di bangunan guru. Aku anguk-anguk aje... cakap akan tengok nanti. Aku tak cakap pun nak balik nak sambut birthday.

Sampai di rumah, tak siap lagi rupanya. Isteri aku masih seksi sedang masak ayam kampung kaki biru.... "keras Kerton dok pok..." (sangat keras, tak lembut walaupun masak lama). Ada periuk tekanan, tapi isteri aku ni jenis cita rasa tradisional...

Anak-anak tak ada semuanya keluar cari hadiah untuk hari jadi aku... ni dah langar arahan masej whatsapp aku jangan ada hadiah.

Aku suka dengan pendapat seorang tua, tak boleh sambut hari jadi katanya. Aku tanya kenapa? Dia jawab masa itu ibu kita separuh mati nak lahirkan kita. Kita boleh gelak-gelak sambut tarikh berkenaan. Mana boleh katanya.

Betul jugakan?

Terlihat cermin mata ini. Ini pembelian anak bungsu perempuan aku, si Tiqah (Nabila Atiqah). Dulu dia dah perkenakan abang dan ummi dia dengan cermin mata ini. Otak kiri aku pun berfungsi.. sorok cermin mata ini sebelum aku pun diperkenakannya. Anak bongsu kalau dia merayu, mati akal kita.....

Sampai sini aku, aku dah malas nak citer...


Meriah juga sambutan. Aku dengan baju kerja, isteri aku dengan baju kerja pasal nak ke mesyuarat. Aku pula ponteng mesyuarat PJK, aku masej Telegram kepada cikgu Siti (Mie), aku ada rumah, semua keputusan mesyuarat aku setuju kecuali naik yuran aje kalau ada aku tak setuju.

Aku sengaja masej telegram, pasal aku tahu dia lambat buka telegram..😅


Dapat coklat... ni aku tahu. Aku boleh makan dua tiga biji.. nanti anak-anak aku juga yang habiskannya...

Mengadakan jamuan makan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.

Jika jamuan dibuat untuk merai seseorang dikalangan ahli keluarga sebenarnya boleh merapatkan hubungan di antara ahli keluarga.

Yang penting
Umur makin tua, bermakna...
Aku makin dekat dengan DIA
dan makin jauh dengan keluarga dan sanak saudara...

Adakah aku bersedia dengan kepergian yang tak pasti tarikhnya?



Post a Comment

0 Comments