About Me

header ads

Nak buka sekolah dah, Ada lagi ke program cikgu sambut pelajar depan pagar?

Gambar sebuah sekolah sambut pelajar dengan koutom
Aku nak sambung lagi isu tampar pelajar, tapi rasa macam boring terlalu banyak artikel berkenaan perkara itu jadi pagi ni aku tukar sikit isu pasal sambut pelajar ketika hadir hari pertama persekolahan. Dulu heboh satu Malaysia kononnya guru mesra pelajar sambut pelajar di hari pertama persekolahan.

Ada sekolah yang berlebihan, sambut dengan macam-macam aksi sehingga sanggup dapat kostum adiwira dan kartun untuk menyambut kedatangan pelajar. Heboh satu Malaysia.Banggalah pihak sekolah, apatah lagi kalau ada dalam 'paper'.

Ingat berhenti di situ sahaja. Tiap-tiap hari pula kena sambut pelajar datang sekolah. Bayangkan 192 hari persekolah kena sambut pelajar "wajib" tu arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

Aku sebenar pening dan rasa pelik dengan arahan-arahan semacam ini. Dulu zaman kita sekolah, kita berebut-rebut sambut cikgu datang ke sekolah. "Teter" (menghampiri) cikgu bila cikgu sampai sekolah. Bukan apa nak tolong angkat dan bawa beg atau buku cikgu. Semasa itu kita rasa bangga kalau cikgu suruh kita buat kerja.

Sangat berbeza dengan pelajar sekarang, cikgu nak minta tolong aje... cuba panggil pelajar semua pelajar cuba "tembor" (melarikan diri) mengelak daripada kena tolong cikgu. Itulah mentaliti pelajar sekarang hasil didikan ibubapa mereka yang "manja"kan anak-anak konon hebat dengan teori pendidikan. Kalau mereka datang sekolah mereka akan rasa hebat daripada cikgu pasal mendidik dan mengajar! kerena mereka rasa mereka ada lulusan yang sangat 'besar'. Cikgu lulus apa?? Masuk U pun setelah sambung belajar!

Aku masih ingat semasa mesyuarat kes disiplin pelajar. Seorang bapa berkata "saya tahulah anak saya selalu dibuli. Dulu saya "best student" sekolah Sains saya pun kena buli, cikgu tak buat apa pun".

Aku ni guru disiplin, "musam" (panas baram dan garang) orang kata. Nak jawab aje. Tapi hari itu aku cuba 'cool'.

Dalam hati aku berkata hebat sangat ke "best student" sekolah Sains? Di Malaysia ada berapa buah sekolah Sains?? Jadi ada berapa orang best student seluruh Malaysia sebenarnya? Itu sekolah Sains. Belum sekolah lain? Jadi rupanya ramai "best Student" Itu baru satu tahun. Tiap-tiap tahun ada best student... wah makin ramai lagi rupanya.

Aku pun 'result' SPM baik juga. Tapi taklah x semacam!

Masa aku belajar dulu di UTM (ada orang kata Universiti Tendang Menendang) ramai best student kena "tendang" (buang U kerana tak lulus). UTM masa itu setiap semesta buang pelajar hampir 300 orang. Satu prosese penapisan yang sangat ngeri.. Ok juga selepas kena buang UTM boleh apply ITM atau ATM. Kurang-kurang ada juga TM belakang!

Cikgu Shukri menjadi Ketua Guru Disiplin SMKSO selepas saya "bersara"
Kami guru disiplin dulu sambut pelajar di pagar dengan rotan ditangan. Kalau ada pelajar pakai pakaian tak ikut peraturan, atau rambut panjang. Di situ juga kami disiplinkan pelajar. Mungkin mak bapak dia orang pendidikan hebat tak sempat nak 'cakna' anak-anak mereka.

Kami disiplinkan pelajar pada langkah pertama mereka sampai ke sekolah... Minta maaflah untuk pakai macam badut kemudian bersalam pelajar senyum selerek... kononnya nak tunjuk cikgu ni "mesra pelajar" dihadapan ibubapa mereka. Malas aku nak belakon!

Harap-harap lakonan bodoh itu tak ada lagi tahun 2018...


##





 








Post a Comment

0 Comments