About Me

header ads

Masjid Kampung Kubang Ikan

 


Masjid Kampung Kubang Ikan, Chendering dibuka pada awal 2013 bagi menggantikan masjid lama yang agak sempit dan uzur. Berhampiran dengan Istana baharu Sultan Terengganu.

Masjid ini
mempunyai struktur dan reka bentuk yang cukup unik dan agak berlainan dengan masjid-masjid lain yang ada di Terengganu. Hampir keseluruhan dinding dan pintu masjid itu diperbuat daripada kaca.Bersifat design moden dan dinamik.

Terdapat juga ukiran kayu di bahagian tepi bumbung. Panorama cahaya, reka bentuk dan kaca lebih menyerlah pada waktu malam.

Masjid ini antara menjadi persinggahan saya dalam perjalanan ke rumah bapa saudara saya di Gong Tok Nasek danm juga semasa anak sulong saya belajar di Sekolah Menengah Kampung Laut tingkatan 4 dan 5 dulu.



Tadi balik daripada ziarah bapa saudara saya, saya singgah di masjid ini untuk menunaikan solat zohor.

Bila saya parking sebelah dalam kebetulan di sisi belakang ini adalah tempat masuk ruang muslimat. Hadapan itu ada tempat ambil wuduk lelaki jika tak nak ke tempat ambil wuduk utama. Belakang pula ada tandas lelaki dan pondok rehat untuk keluarga.

Seperti biasa selepas ke tandas, saya ke tempat ambil wuduk. Tandasnya sangat selesa antara tandas yang besar dan selesa. Saya tak ambil gambar ditandas, malas nak halau syaitan... he he. Tepi tandas ada ruang santai.

Tempat wuduk selesa. Hanya satu kelemahan bila guna kaca dan steel tapi masih ada yang berkarat setelah 10 tahun masa berlalu.


Selepas wuduk nak masuk ruang masjid kita lalu gajah menyusul yang diperbuat daripada kaca. Nampak dalam gambar cantiklah.... Tapi penuh dengan kesan karat air kering sebagimana kesan pada aqurium orang malas basuh atau terbiar.



Masuk ruang masjid sangat harum, setakat ini inilah masjid paling harum. Selepas solat bau harum masih menyucuk hidung. Maybe Jumaat semalam Sultan datang AJK masih sembur pewangi habis satu botol...

Walaupun apa pun tahniah kepada AJK masjid ini masji paling selesa bersolat dengan bau sangat menyegarkan.

Kipas macam majid "Belanda Cendering". Pasal apa saya panggil Belanda... nanti ada masa saya cerita lagi

Post a Comment

0 Comments