Perbandingan buku Pengurusan 2005 dengan 2023/24. Sebenarnya sebelum 2012 masih banyak sekolah sekadar menggunakan cetakkan sekolah untuk BUKU PENGURUSAN. Tapi lama kelamaan sekolah menghabiskan duit sekitar RM1000-RM3000 atau lebih demi nak tunjuk sekolah mereka hebat drp sekolah lain (Ini pendapat saya yang extream jangan marah...kalau saya, saya akan cetak kulit aje di kedai.. penjilidan + isikandungan boleh cetak di sekolah aje)
2005 SMKTIZ diistiyarkan sebagai sekolah premier, masa itu pengetuanya En. Zakiah bin Ali ( adiknya Kamaruddin Ali sekelas dengan saya drp darjah satu sampai tingkatan 5, manakala satu lagi adiknya Kamaruzaman sekelas dengan abang saya). Cikgu Ya telah meninggal dunia... Sedekah al Fatihah kepada beliau
Cikgu Ya antara orang yang membanggakan dan mengelomaourkan SMKTIZ. SMKTIZ dipanggil Aizek atau IZ. Sebenar dulu pun orang dah panggil IZ. Tapi cg Ya kaitkan dengan namanya iz tu i zakariah (ejaan ada h). Ada setengah pengetua selepas itu tak suka perkataan AIZEK sedangkan setahu saya dah wujud sebelum cg Ya ada di situ lagi. Hanya cg Ya manipulasi aje.
Cg Ya ada kawan rapat "Syed Watan Niaga" syarikat pencetakan. Jadi mungkin beliau dapat harga istimewa untuk buku pengurusan sekolah yang cantik tahun 2005. Kandungan buku ini berbeza sedikit yang ada sekarang (Kandungan sekarang inovasi terakhir...). Bagi saya cg Ya adalah seorang yang kreatif dan kami selalu bertengkar idea semenjak di SMK Sultan Omar lagi. Masa tu beliau baharu pindah drp SM Rantau Petronas, memenggang jawatan Setiausaha HEM, saya Ketua Guru Disiplin.
Itulah sejarahnya pasal apa saya 'terpaksa' buat cover buku pengurusan sekolah.
0 Comments