Terbahagi kepada 2 komponen iaitu :
- Sains dalam perkembangan pertumbuhan manusia
- Sains dalam tubuh badan manusia
Sains Dalam Perkembangan Pertumbuhan Manusia
Kajian Asas Anatomi dan Fisiologi Manusia.
- Manusia dan haiwan mempunyai kebolehan menggerakkan tubuh badan antara satu sama lain
- Pergerakan yang sesuai dengan jenis tugasan
- Hasil daripada pergerakan ini, wujud kajian tentang perubahan fungsi dalan tubuh
- Perubahan ini dinamakan sebagai Fisiologi Senam
Sel
- Merupakan bahagian terkecil dalam tubuh
- Semua sel mempunyai nucleus kecuali sel darah merah
- Makanan menyebabkan sel mengalami proses pembahagian
- Tubuh badan yang lebih besar mempunyai sel yang lebih besar
Tisu
- Tisu merupakan sekumpulan sel yang melakukan kerja yang sama
- Contoh tisu ialah tisu saraf, tisu kulit, tisu darah, tisu tulang dan tisu otot
- Setiap lapisan kulit mempunyai tugas yang berbeza
Organ
- Terdiri daripada satu kumpulan tisu yang melakukan kerja yang sama
- Kulit dianggap satu organ yang kerana beberapa lapisan telah digabungkan
Sistem
- Sekumpulan organ yang berkerjasama dengan satu tujuan dipanggil system
- System yang berlainan saling bergantung antara satu sama lain
Sistem Rangka
- Tulang secara berkumpulan membentuk rangka tubuh badan
- Badan kita mempunyai 206 tulang
- Terdiri daripada tulang luar, tulang panjang, tulang luar biasa, tulang datar dan tulang sesamoid
- Rangka berfungsi sebagai perlindungan, sokongan, pergerakan, penghasilan sel darah, dan setor kalsium
Sistem Otot
- Badan kita mempunyai 600 otot yang berkerjasama antara satu sama lain
- Otot boleh memendek dan memanjang untuk menggerakkan bahagian tubuh
- Dibahagikan kepada 3 jenis otot iaitu otot licin, otot jantung dan otot rangka
- Pengucupan otot dapat dibahagikan kepada :
terhadap beban yang tetap dan tidak bergerak
cth : menolak dinding
- isotonik = menyebabkan pemanjangan dan pemendekan otot
cth : otot bisep semasa mengangkat dumbell
Sistem Saraf
- Terdapat sejumlah 10 bilion sel dalam badan manusia
- System ini menerima dan menghantar mesej
- System ini menyebabkan tubuh badan melakukan sesuatu dengan 2 cara :
- Lakuan voluntari- menghantar mesej terus kepada otak dan otak menentukan apa yang patut dilakukan dan seterusnya di hantar kepada bahagian tubuh selepas membuat keputusan
- Mesej yang di hantar tidak melalui otak dan proses ini dinamakan Tindakan Luar Kawalan atau involuntari.
cth : bernafas
Sistem Respiratori
- Oksigen dibawa masuk ke dalam tubuh badan melalui system pernafasan
- Pernafasan luar/ eksternal
- Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dalam tubuh badan dengan persekitaran luar
- Pernafasan dalaman/ internal
- Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida di antara sel-sel tisu dan cecair di sekelilingnya
- Semasa udara di sedut hanya 75% sahaja udara mengalami pertukaran gas dan karbon dioksida
Sistem Kardiovaskular
- Dikenali sebagai system peredaran darah
- Sistem ini merangkumi jantung, kapilari, arteri, dan vena
- Jantung mengepam darah. Arteri membawa darah dari jantung ke tisu-tisu. Arteri bercabang membentuk kapilari dan kaoilari membentuk vena. Vena mengalirkan darah ke tisu badan dan kembali semula ke jantung.
- Semasa berlatih atau bersenam otot kita memerlukan oksigen yang boleh diperolehi melalui peningkatan jumlah darah yang dipam oleh jantung
Sistem Pencernaan
- Memproses makanan dan membekalkan tenaga bagi menghasilkan sel-sel baru dan membolehkan tindak balas kimia berlaku dalam tubuh
- Makanan di cerna kepada bahagian yang kecil dan di hantar melalui saluran darah dan system limfa ke hati untuk diproses.kemudian akan dihantar ke sel-sel
- System pencernaan mempunyai 4 bahagian penting iaitu mulut, perut, usus besar dan usus kecil
Sistem Pembiakan
- Organ-organ yang membentuk system pembiakan boleh I bahagikan kepada 2 iaitu organ perlu ( Gonad ) dan organ aksesori
- Organ perlu menghasilkan sel-sel seks dan organ aksesori membantu dalam proses pembiakan
Lelaki : organ perlu ialah sepasang testis dan organ aksesori ialah duktus
ganetalia, kelenjar dan struktur penyokong.
- Testis berperanan untuk menghasilkan sperma dan hormon
- Duktus berperanan sebagai salur untuk sperma keluar bertujuan untuk melakukan persenyawaan
Wanita : organ perlu ialah sepasang ovari dan organ aksesori ialah tiub uterin,
uterus, vagina, genitalia eksternal dan kelenjar mamari
- ovari menghasilkan ovum dan hormone seks wanita (ekstrogen dan progesteron )
Senaman Dan Latihan
- Senaman dan latihan amat penting dalam mempertingkatkan kecergasanseseorang
- Kecergasan seseorang bergantung kepada kemampuan system tubuh badan, otot-otot, pernafasan, peredaran darah, jantung dan lain-lain dapat berkerjasama dengan cekap
- Oleh itu, senaman dan latihan amat diperlukan bagi membantu seseorang itu mencapai tahap kecergasan yang maksimum
Kesan Senaman Dan Latihan
- Senaman bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan tetapi membantu mengawal berat badan
- Satu cara membakar lemak ialah melalui senaman dan latihan. Senaman menyebabkan penggunaan tenaga yang kebanyakannya dihasilkan daripada pembakaran lemak
- Kadar penggunaan tenaga dipengaruhi oleh intensiti dan tempoh kegiatan senaman dan latihan dilakukan.
- Tindak balas terhadap senaman ini terjadi apabila perubahan fungsi yang sementara berlaku dengan mengejut di dalam tubuh badan. Perubahan fungsi ini pula akan kembali normal selepas masa senaman dan latihan itu tamat.
- Kesan senaman dan latihan dapat dilihat melalui 2 aspek iaitu :
- Jangka pendek
- Jangka panjang
Kesan Jangka Pendek
- Meningkatkan lagi kadar pernafasan iaitu memerlukan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida
- Kadar metabolisma meningkat.Banyak makanan diperlukan untuk menghasilkan tenaga bagi menjalankan aktiviti dan banyak bahan buangan dikeluarkan seperti laktik asid, urin dan gas karbon dioksida
- Meningkatkan bilangan sel darah merah untuk memperbanyakan pembawaan gas oksigen dalam darah
- Meningkatkan pengeluaran kardiak. Pengeluaran kardiak sama dengan pendaraban pengeluaran darah dengan jumlah darah yang dikeluarkan setiap degupan jantung (stroke volume )
- Meninggikan kadar degupan jantung dan tekanan darah. Dinding jantung bagi seseorang yang menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung itu mengepam darah denagn banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau bersenam
- Mengembangkan lagi arteri untuk menghantar lebih darah ke otot-otot semasa senaman dilakukan
- Meninggikan lagi suhu tubuh badan manusia. Haba yang di bebaskan melalui perpeluhan kulit
- Mengurangkan kandungan kolestrol dan lemak di dalam darah.Situasi ini mengurangkan serangan sakit jantung dan penyakit sakit angina
- Menambahkan lagi isipadu otot agar lebih banyak darah mengalir pada otot
- Menolong merendahkan titik tetap seperti meningkatkan jisim otot, mengurangkan selera makan, menmbahkan enzim untuk pembakaran lemak dan menambah tahap penggunaan tenaga
Kesan Jangka Panjang
- Berlaku peningkatan saiz otot akibat daripada pertukaran dalam sarkoplasma dalam otot gentian individu dan juga berlaku penambahan tisu perantaraan antara otot-otot gentian
- Peningkatan saiz, kekuatan, dan kecekapan ke atas jantung. Dinding jantung bagi seseorang yang sentiasa menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung itu mengepam darah dengan banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau bersenam
- Meningkatkan bilangan kapilari di mana ia akan menyebabkan berlakunya peningkatan daya tahan otot dan vascular
Sains Dalam Pergerakan Tubuh Badan Manusia
Pusat Graviti Dan Kerja.
Semakin jauh pusat graviti dibawa semakin banyak kerja yang dilakukan.
Contoh:-
Dalam acara lompat tinggi, atlit yang tinggi akan lebih mudah melepasi halangan dibandingkan dengan atlit yang rendah walaupun berat badan sama.
Aerodinamik
Bentuk yang dapat mengurangkan rintangan angin/udara.
Contoh:-
Bagi pelari pecut mestilah keadaan badan dicondongkan sedikit untuk mengelak dari rintangan angin dan mendapat pecutan yang baik.
Tenaga
Ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Terdapat dua jenis tenaga dalam diri.
Tenaga potensi ( tenaga keupayaan ) ↔ Tenaga putaran.
Tenaga Potensi
Contohnya seorang akrobat terjun ke jongkang jongket, rakannya akan tercampak ke atas kerusi yang tinggi. Dalam melakukan aksi ini, dia dikatakan melakukan kerja (mencampak rakannya). Kerja inilah sebenarnya ’tenaga’ yang telah dipindahkan kepada jongkang jongket itu.
Tenaga Putaran
Tenaga putaran dapat dilihat dalam sukan perlu mematuhi prinsip-prinsip momen (principle of moments). Kesan tenaga putaran dapat ditambah dengan menambah beban atau memanjangkan jarak. Contoh, dengan memanjangkan raket badminton dengan menggenggam pada pangkalnya dapat menghasilkan pukulan yang kencang. Manakala dengan memendekkan pegangan akan memudahkan permainan dijaring, pantas dan terkawal.
Kestabilan
Kestabilan terbahagi kepada dua :
1. Statik
2. Dinamik
Kestabilan statik adalah pengekalan kestabilan tubuh semasa tidak bergerak. Contohnya kedudukan seorang pelari sebelum melakukan pecutan 100 meter. Kestabilan dinamik pula adalah kestabilan semasa dalam pergerakan. Contohnya seorang pemain bola keranjang melakukan jaringan secara terbang.
Geseran
Adalah satu daya yang menghalang penggelunsuran antara dua permukaan. Contohnya pemain bola sepak menggunakan kasut berstad supaya dapat bergerak dengan stabil dan tidak tergelincir, geseran diantara tapak dengan rumput itu menjadikan pemain itu lebih stabil.
Hukum Newton
Terbahagi kepada tiga:
- Hukum inersia
- Hukum pecutan
- Hukum aksi-reaksi
Hukum Inersia
Suatu objek yang tidak bergerak akan kekal dalam kedudukannya dan suatu objek bergerak akan mengekalkan kelajuan dan arah pergerakan yang sama sehingga ia diubah oleh daya luar. Contohnya, bila bola disepak ia akan mengikut arah dan laluan yang lurus sehingga dipaksa menukar sifat pergerakan oleh daya-daya luar. Daya yang menukar arah bola itu boleh wujud dalam bentuk graviti, rintangan udara, tiupan angin atau objek lain.
Hukum Pecutan
Hukum pecutan ialah apabila suatu objek dikenakan suatu daya ia akan bergerak dalam arah yang sama dengan daya berkenaan. Contohnya raket berat adalah sukar diayun tetapi tidak perlu banyak tenaga untuk menghasilkan pukulan kencang berbanding raket yang ringan.
Hukum Aksi-Reaksi
Hukum ini menyatakan bahawa bagi setiap aksi (tindakan) akan terdapat satu reaksi (tindak balas) yang sama kuat dari arah yang bertentangan. Contohnya dalam acara tarik tali, apabila pasukan A mengundur 1 meter maka pasukan B akan terpaksa melangkah 1 meter kehadapan.
Gerakan
Gerakan terbahagi kepada dua iaitu:
- Gerakan linear.
- Gerakan putaran.
Gerakan Linear
Gerakan linear ialah pergerakan tubuh ataupun objek dalam laluan yang lurus dan dengan kelajuan yang seragam. Contoh pergerakan linear adalah berjalan atau berlari.
Gerakan Putaran
Gerakan putaran adalah hasil dari pergerakan yang berbentuk separuh bulatan yang berpusatkan suatu pusat yang tetap. Contohnya membaling bola merupakan gerakan putaran dari tangan dan sendi bahu yang kemudiannya ditukar kepada gerakan linear pada bola sebaik sahaja ia berlepas dari tangan.
Sistem Tuas
Sistem tuas terbahagi kepada tiga:
- Tuas kelas pertama.
- Tuas kelas kedua.
- Tuas kelas ketiga.
Tuas kelas pertama
Apabila aksis (falkrum) berada diantara daya dengan beban.
Tuas kelas kedua
Apabila beban berada diantara daya dengan fulkrum.
Tuas kelas ketiga.
Bila daya berada diantara beban dengan fulkrum.
Contohnya ; ketika menolak bola hoki.
Sumber :
Abu Bakar Abdulloh
http://ipdaburn.blogspot.com/2010/10/pengenalan-kepada-pendidikan-jasmani.html
http://nota-notapismppj.blogspot.my/2012/06/pengenalan-kepada-pendidikan-jasmani.html
0 Comments