Masa aku di SMKSO dulu, aku mengajar subjek option. Kemudian aku mulai sibuk dan tak cukup masa apabila menjadi Ketua Guru Disiplin. Atas dasar itu aku mendapat subjek sampingan PJK (Pendidikan Jasmasi dan Kesihatan) dan PSV (Pendidikan Seni Visual) untuk ringakan tanggungjawab kepada kelas peperiksaan.
Tahun 2002 bila setiap sekolah dah mula ada makmal komputer aku mula mengajar subjek KDP (Komputer Dalam Pendidikan) tapi aku masih lagi mengajar subjek teras option. Tapi bila masuk tahun 2010 aku telah mula mengajar subjek sampingan sepenuh masa.
Saat itu aku mula rasai aku sudah 'terbuang' dalam arus kecemerlangan persekolahan. Masih ingat lagi Cikgu Jain, pengetua aku di SMKSO dulu bila dia minta aku buat pilihan antara nak mengurus Makmal ICT atau menjadi Ketua Guru Disiplin aku memilih menjadi Ketua Guru Disiplin kerana aku taklah suka sangat kepada ICT sebab di rumah pun aku dah asyik dengan PC serta internet biarlah di sekolah aku boleh 'bermain' dengan pelajar pula.
Mula-mula aku ambil subjek PSK aku motivasi diri aku, dengan joke kepada rakan setugas bahawa yang selalu mengajar subjek 'sivik' ialah pengetua. Aku masih ingat mula aku ke SMKSO Haji Zaid pengetua masa itu mengaja subjek Sivik.
Boring dan tak tahu nak buat apa dengan PSK. Sekadar menghabiskan masa dengan kerenah budak pun tak minat subjek ini.
Tahun ini aku sudah mula berminat. Aku ada buku rujukkan Skor A untuk subjek PSK. Aku masuk kelas selepas semak kekotaran kelas aku aku akan semak setiap pelajar samada dia bawa atau tidak buku teks.. Itu dipanggil anggapan mula... ya pelajar aku membuat penilaian kepada guru pada hari permulaan kelas. Jadi sebagai guru yang dah mengajar 22 tahun aku tahu di mana aku nak lekatkan dalam minda mereka jenis apakah aku ini!!
Kalau kita fikir mendalam... sebenarnya subjek ini boleh memberikan menafaat kalau kita jenis suka 'bersyarah' dengan pelajar terutama kepada yang nak mendisiplinkan pelajar dengan cara berfikir yang mantang. Sifat guru disiplin yang lama tertanam hidup semula.. aku mula mengawal kelas dengan sikap mesra tegas (mengajar dengan joke... tapi tegas dalam banyak hal) sebab itu tak hairan pelajar selalu gelak dan ketawa semasa aku mengajar, tapi mereka semua tak berani buat salah atau meninggalkan kerja yang disruh!
Masuk kelas lewat, tak kira ketua kelas ini akibatnya...
Walapun kena berdiri dihadapan tapi masih boleh gelak kenapa... kena tanya pelajar ini.. |
Kalau pakai baju 'kerok' (kotor dan berdaki dikeliling lengan cthnya)... ini akibatnya
Orang puan kalau kita marah dan kata baju dia kerok aku tak boleh bayangkan muka dia merah macam mana... |
Subjek PSK Tingkatan 1 kena ilmu kaunseling baru boleh mengajar dengan baik (kebetulan aku dulu pernah jadi kaunselor sekolah... baca di sini). Jika tingkatan 2 perlu kemahiran politik sebab banyak bab negara!
Bab tentang kendiri |
Ok time nak balik sekolah... rasanya aku sambung pula bab PSK ni ada lagi yang menarik...
0 Comments