About Me

header ads

Awal datang mesyuarat

Mesyuarat Guru Pertama 15 Mac 2023 jam 9 pagi... aku jam 0.01 pagi dah ada di sekolah... Nak 'punch card' pintu pejabat belum buka lagi.

Citer sebenar...
Buku pengerusan sampai petang 14hb. Aku janji dengan cg Eddy nak tampal sticker nama pada buku selepas Isyak. Selepas Isyak kami datang... Selepas tampal cg Eddy minta buat banner pula.


Aku cakap pada Cg Eddy dah buat sebelum ini. Cg Eddy tak nak yang ini. Nak pengetua ada sebelah kiri dengan baju baharu...

Akhirnya aku buat macam di bawah ini 8 x 5 ini.


Selepas tu cg Eddy balik tidur aku masih kemas makmal ICT dan sakit perut terus ke tandas nak buang air besar...

Balik drp buang air besar aku tengok jam... melintas bangunan yang jadi tempat cg bergambar akhir ini aku pun snap gambar buat citer datang mesyuarat awal 15hb. Cg Zam kata gambar lama... Memang cg Zam rabun akhir ini. Dia kena pakai spek pulak.

Aku balik rumah pukul 12.25 pagi...


Post a Comment

0 Comments