About Me

header ads

Tahun ini last minute cetak buku pengurusan

 


Tahun ini aku lewat sikit membuat buku pengurusan sekolah, tak sampai seminggu sekolah buka. Ini disebabkan aku terpaksa mengurus walimatulurus.. Cg Eddy banyak kali tanya boleh siap sebelum 15hb? Aku jawab boleh. Dia macam yakin tak yakin aje.

Dua hari aku bermalam di sekolah untuk siapkan 125 muka surat buku ini dengan CorelDraw + Photoshop. Ini sejarah aku masuk sekolah pukul 3.25 petang keluar pukul 9.45 pagi esok harinya.


14hb sehari sebelum mesyuarat guru pertama sesi 2023/2024 aku ke Paka Printing jumpa Yazid dan Ali lihat perkembangan yang berlaku.



Bila ku lihat kulit, tension tertinggal QR kod dan URL web, telegram + FB di belakang kulit. Ini punya kesilapan aku buat design kosong dengan Photoshop dan textnya dengan CorelDraw (CDR) bagi mendapatkan text vektor yang menarik.

Bila Yazid (tokei Paka Printing) minta aku besarkan (buat lebih tepi) sikit lagi design kulit sekitar 2mm aku tertinggal permurnian akhir dengan CDR. Tapi ok dah macam tu


Oleh kerana lewat Print Merge nama dan no telefon yang ada dikulit tak sempat nak dibuat. Aku tukar idea print atas kertas sticker.

Akhirnya malam 14hb 94 buah buku siap dan 26 buah lagi akan dihantar esok. Guru sekolah aku ada 93 orang.

Post a Comment

0 Comments