23 Julai 1945, sekumpulan kapal terbang (Liberator Patrol Plane Commanders) dari pasukan pengebom tentera Amerika Syarikat (Patrol Bombing Squadron 111 (VPB-111) U.S.Navy) di hantar dari Palawan Army Air Field di Kepulauan Palawan, Filipina. Pesawat dalam misi memusnahkan infrastruktur stesen,gerabak dan landasan keretapi di Kuala Dungun. Pengeboman ini merupakan sebahagian dari misi tentera Amerika dalam membantu tentera British merampas semula Tanah Melayu dari cengkaman tentera Jepun di Asia Tenggara.
Skuadron ini di beri nama sebagai Bombing Squadron 111 (VB-111) dari Pasukan VP-21,Patrol Squadron dari Navy, Amerika Syarikat yang berpengkalan di Puerto Princesa Airfield, Palawan, Filipina yang berada pada kedudukan Latitude 9° 44' 32N Long 118° 45' 31E. Pengkalan ini dibina oleh Tentera Jepun dengan kerahan buruh paksa dari tahanan perang (Prisoner Of War (POW). Landasan baru ini di bina dari tebusguna terumbu batu karang manakala landasan asalnya berada di bahagian selatan pulau.
28 February 1945, 41st Infantry Division “Jungleers” Regimental Combat Team (RCT) berjaya mendarat dan menakluki pengkalan ini dari tentera Jepun. 14 April 1945, U. S. Navy Commander Fleet Air Wing 10 di tempatkan di pengkalan Puerto Princessa bertanggungjawab serta menjadi “direct patrol plane operations” bagi aktiviti perkapalan Jepun di Laut China Selatan serta sepanjang perairan pantai Indo-China (Vietnam).
Spesifikasi Pesawat PB4Y-2 Privateer:
1.General characteristics
Crew: 11: two pilots, navigator, bombardier, five gunners, two radio operators
Length: 74 ft 7 in (22.73 m)
Wingspan: 110 ft 0 in (33.53 m)
Height: 30 ft 1 in (9.17 m)
Wing area: 1,048 ft² (97.4 m²)
Empty weight: 27,485 lb (12,467 kg)
Max. takeoff weight: 65,000 lb (29,500 kg)
Powerplant: 4 × Pratt & Whitney R-1830-94 radial engines, 1,350 hp (1,007 kW) each
2.Performance
Maximum speed: 300 mph (261 kn, 482 km/h)
Cruise speed: 175 mph (121 kn, 224 km/h)
Range: 2,820 mi (2,450 nmi, 4,540 km)
Service ceiling: 21,000 ft (6,400 m)
Wing loading: 62 lb/ft² (300 kg/m²)
3.Armament:
Guns: 12 × .50 in (12.7 mm) M2 Browning machine guns in six turrets
2 in the nose turret, 4 in the waist, 2 in the forward deck and
2 in the after deck
4.Bombs: Up to 12,800 lb (5,800 kg) of bombs, mines, or torpedoes. Provisions for four 2,000 pound or eight 1,000 pound or twelve.500 pound bombs; or twelve 324 pound depth charges; or four 2,000 pound or eight 1,000 pound mines
The PB4Y-2 used a MK 9 illuminated sight in the nose, tail and waist positions and the MK 18 compuing sight in the deck turrets. A PB4Y-2B modified to act as a parent aircraft for the guide missiles known as the Bat (ASM-N-2).
Perkongsian peristiwa ini berdasarkan capaian informasi sejarah dari laporan “Aircraft Action Report” oleh Lieut. J W.Reitjes dan Lieut. (jg) Robert yang merupakan sebahagian dari koleksi “World War II War Diaries 1941 – 1945 Tentera Amerika Syarikat. Rekod-rekod ini di klasifisikasikan sebagai Rahsia (Confidential) sebagaimana Executive Order 13526: Classified information in the United States. 31 Disember 2012 – koleksi rekod-rekod ini telah diturunkan/ditukarkan taraf kelas kepada terbuka oleh Arkib Negara Amerika Syarikat (NARA) kepada orang awam. Kini rekod-rekod tentera ini boleh di akses dari Arkib samada secara langsung ataupun atas talian samada bagi tujuan kajian ataupun penyelidikan.
“When he arrived at K.Dungan (Kuala Dungun), Lieut.Reintjes already was there. Immediately then began their attack on small shipping - - the only type available - - and by using 6 General Purpose bombs, I incendiary and700 rounds of calibre, they destroyed three luggers and and damaged three others.”
- Lieut.Reintjes.
Lt. Reintjes dalam misi pengeboman ini mensasarkan 15 buah kapal kecil serta landasan dan gerabak-gerabak keretapi namun hanya berjaya memusnahkan 3 buah kapal kecil, merosak 3 buah kapal kecil serta 7 buah gerabak keretapi yang membawa bijih besi di Kuala Dungun.
Focus perkongsian sejarah pengeboman tentera Amerika Syarikat di Kuala Dungun ini berdasarkan rekod-rekod dari Arkib Negara Amerika Syarikat (NARA) yang terdiri dari laporan serangan, foto-foto dan rekod-rekod juruterbang yang terlibat dalam misi di sekitar pantai Laut China Selatan sehingga perairan pantai Indo-China (Vietnam).
Jutaan Terima Kasih kepada Tuan Zafrani Arifin (Malaya Historical Group) kerana sudi membantu serta berkongsi foto-foto ini dari laman FB group beliau.
Rujukan :
1.The US Militaria Forum.Collectors preserving history, honoring veterans.
2.World War II War Diaries 1941 – 1945 - Fold3 - Historical Military Records.
3.FB Tuan Zafrani Arifin.
4.FB Group Kota Bharu 8.12.41-Battle of Malaya & Singapore.
5.PB4Y-1 Liberator and PB4Y-2 Privateer – SAS1946 Forum.
6.Pengkalan Puerto Princesa Airfield (Palawan) - Pacific Wrecks.
0 Comments