Beberapa bulan lalu aku aku ke KL untuk jumpa sahabat lama Abdullah Atan. Bila di sana kami biasa makan di warung sekitar kampung baru.
Abdullah Atan semasa kami di GreenWood
Semasa bersembang aku bertanya, agaknya berapa orang penjual atau peminta sedekah akan datang sepanjang kita makan di sini? Dia gelak.
Tak kurang 5 orang.
Aku buat kiraan main-main dengan 'Loh'. Ok kalau seorang peminta sedekah dengan satu tisu berjalan masuk ke warung.. sekadar lalu tanpa memaksa. Aku lihat 3 atau 4 meja berikan duit. Tak sampai 3 minit, dia keluar dan pergi ke warung sebelah dan seterusnya.
Aku kata kepada Loh, kalau satu warung dia dapat RM5, jika 10 warung (aku agak sahaja) dia mungkin dapat sekitar RM50 hanya tak sampai 30 minit bekerja (aku istilahkan bekerja).
Kalau dia buat kerja ini untuk 8 Jam sehari, macam orang lain berkeja dia mungkin boleh dapat pendapatan sekitar RM500 sehari. Ini bermakna pendapatannya tak kurang RM15,000 sebulan.
Aku cakap jangan pandang sebelah mata kepada peminta sedekah.
Peminta sedekah zaman aku sekolah
Semasa aku bersekolah dahulu, aku berjalan kaki lebih kurang 2km ke sekolah. Dalam perjalanan tersebut aku melalui sebuah rumah yang kerjanya (kerja tetap) sebagai peminta sedekah. Dia ni memang ada cacat di mata, tapi rasanya taklah buta kalau lihat keadaannya di rumah.(zaman dahulu rumah kayu, pintu terbuka dan tidak berpagar memang kita boleh melalui rumah tersebut tanpa rasa bersalah kerana memang itu kebiasaan) tapi jika diluar dia berjalan bertongkat seolah-olah buta.
Rumah dia macam ini, rumah kayu yang
kita boleh nampak isi rumah apabila pintu terbuka
kita boleh nampak isi rumah apabila pintu terbuka
Setiap hari dia akan ke stesyen bas untuk mengutip derma. Biasakan sebelum bas berjalan dia akan masuk kedalam bas dan minta sedekah. Kadang kala aku jumpa dia pergi mengutip sehingga ke stesyen bas Kuala Terengganu. (rumahnya di Dungun).
Kerja meminta sedekah ini adalah kerja yang lumayan. Tak percaya ke?
Ini adalah 3 daripada banyak contoh petikan akhbar berkenaan peminta sedekah.
Jangan biarkan anak-anak anda menjadi pengemis di Hari Raya
Bila tiba waktu Hari Raya, ramai dikalangan kita menukar wang semata-mata untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ada yang telah menjadi satu amalan tetap berdiri dihadapan pintu masjid untuk menghulur wang raya kepada kanak-kanak yang bersolat di pagi raya.
Walau bagaimanapun ada yang merungut, kerana rumahnya dikunjungi oleh kanak-kanak untuk beraya dalam ertika sebenarnya ialah untuk mendapatkan duit raya walaupun mungkin kanak-kanak itu bukan jiran tertangga kerana mereka datang sekumpulan entah daripada mana.
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”
Ibubapa harus sedar dan memerhati pergerakan anak-anaknya di waktu suasana raya agar anak-anak tidak menjadi pengemis yang akan mengemis di setiap rumah demi untuk mengumpul duit raya. Amalan dan sikap ini jika dibiar akan menjadi satu tabiat buruk bila dewasa nanti.
Sepatutnya ibubapa lebih mengajar anak-anak untuk memberi terutama bila ada yang meminta. Ibubapa boleh ajar anak-anak mengisi tabung masjid pada hari Jumaat atau hari-hari lain bila singgah untuk bersolat di masjid atau surau.
Anak-anak juga diajar untuk menghulur kepada peminta sedekah dan biasakan diri anak-anak dengan sifat penyanyang dan kesihan belas kepada golongan yang miskin.
Jangan ajar anak mempertikaikan orang yang meminta mungkin ada juga peminta sedekah yang sebenar berpura-pura membuat demikian. Ajar mereka dengan sifat ikhlas.
Sedekah jika sebati pada diri anak-anak kita, sudah pasti akan menjadi suatu yang baik dihari dewasa nanti.
Sedekah mempunyai maksud yang sama ialah menderma, membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang imbalan sebagaimana dalam Firman ALlah s.w.t.
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)
Pemberian sedekah, setidak-tidaknya dengan pemberian itu diharapkan dapat menebus dosa dan memberikan ketenangan, malah yang lebih utama mendapat ganjaran berkali ganda di sisi Allah, seperti dijelaskan Allah pada ayat 261, surah al-Baqarah, bermaksud:
“ Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula me ngandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan me lipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)
Amalan bersedekah daripada satu sudut menggambarkan sifat insani, kemurahan hati dan keluhuran budi seorang manusia. Inilah sifat seharusnya diterap kepada anak-anak kita bukan meminta-minta dengan harapan untuk mendapat dengan lebih cepat dan mudah.
Ajarlah anak-anak kita “Jika memberi, anggaplah suatu pemberian yang kecil dan jika menerima daripada seseoarng, anggaplah suatu besar dan berharga”.
0 Comments