About Me

header ads

Lelaki bakar diri dalam kereta Gen2 meninggal dunia


Lelaki yang dipercayai cuba membakar diri dalam kereta di tepi jalan Kampung Tok Has, di sini Khamis lepas disahkan meninggal dunia petang tadi.

Perunding perkahwinan berusia 37 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan kira -kira jam 3.40 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan mangsa dari Kota Bharu, Kelantan meninggal dunia akibat kecederaan dialami dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurutnya, dalam kejadian itu, mangsa melecur di bahagian muka dan kepala selepas dipercayai menyiram petrol di bahagian tersebut sebelum menyalakan api di dalam kereta Proton Gen 2 yang dipandunya seorang diri.

"Polis menemui satu botol air minuman berisi petrol yang dipercayai digunakan mangsa untuk melakukan perbuatan tersebut atas kerusi tempat duduk pemandu " katanya.

Difahamkan motif mangsa bertindak demikian kerana mangsa mengalami tekanan perasan dan tidak dapat menerima kenyataan apabila disahkan menghidap barah usus.

Ini menjadi tajuk-tajuk akhbar semalam.

Berkawan dengan orang yang soleh

Dalam suasana Ramadan kita mencari keberkatan dan keredhaan Allah ada dikalangan kita mengakhiri hidup dengan mengambil jalan yang singkat walaupun umurnya masih muda belum masuk dalam alam orang dewasa lagi.

Antara puncanya ialah kurang pengetahuan agama. Kurang bersama dengan orang-orang atau rakan yang alim.

Manusia itu laksana sekawanan burung, memiliki naluri untuk berkumpul dengan sejenisnya. Oleh karena itu, jika kita ingin menjadi orang soleh, hendaklah berusaha berkawan dan berkumpul dengan orang-orang soleh.

Allâh Azza wa Jalla berfirman:

ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا اتَّÙ‚ُوا اللَّÙ‡َ ÙˆَÙƒُونُوا Ù…َعَ الصَّادِÙ‚ِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allâh, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar (jujur).”  Surah At-Taubah 9:119

Ibrâhim al-Khawwâsh rahimahullah berkata:

دَÙˆَاءُ الْÙ‚َÙ„ْبِ Ø®َÙ…ْسَØ©ُ Ø£َØ´ْÙŠَاءَ: Ù‚ِرَاءَØ©ُ الْÙ‚ُرْآنِ بِالتَّدَبُّرِ، ÙˆَØ®َÙ„َاءُ الْبَØ·ْÙ†ِ، ÙˆَÙ‚ِÙŠَامُ اللَّÙŠْÙ„ِ، Ùˆَالتَّضَرُّعُ عِÙ†ْدَ السَّØ­َرِ، ÙˆَÙ…ُجَالَسَØ©ُ الصَّالِØ­ِÙŠْÙ†َ

Penawar hati itu ada lima : membaca al-Qur’an dengan tadabbur (perenungan), kosongnya perut (dengan puasa-pen), qiyâmul lail (shalat malam), berdoa di waktu sahar (waktu akhir malam sebelum Shubuh), dan duduk bersama orang-orang soleh”. (Sila rujuk Al-Adzkar karya Al-Imam an-Nawawi, hal. 107; Tahqiq: Syu’aib al-Arnauth)

Mendidikan Anak Dengan Ilmu Agama

Dalam Surah al-Tahrim, ayat 6, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluargamu daripada api neraka.”

Ayat itu menjelaskan ibu bapa perlu menitikberatkan hal berkaitan asuhan, bimbingan serta pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.

Tentunya dalam hal ini, pendidikan agama serta menerapkan akidah perlu dilaksanakan dengan sempurna.

Iman dan hidayah bukan seperti meninggalkan harta pusaka berbentuk fizikal, tetapi iman adalah kefahaman dan keyakinan dalam hati seseorang anak.

Justeru, setiap ibu bapa perlu tanya diri adakah mereka sudah membimbing serta mendidik anak-anak dengan akidah sebagai seorang Muslim yang taat kepada agamanya?

Imam al-Ghazali ada berpesan: “Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa. Jika sudah terbiasa dengan perkara kebaikan, anak itu akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya.

Sebaliknya, jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik dan dipersiakan seperti haiwan, menderitalah dia dan binasa. Dosa juga akan ditimpakan ke atas orang yang dipertanggungjawabkan itu.”

Pelajar Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin Dungun - Hiasan

Justeru, asas pendidikan seharusnya diberikan keutamaan. Ini termasuk menanamkan akidah serta mengajar mereka berkenaan syariat dalam agama seperti solat di samping membina akhlak peribadi berteraskan akhlak Islam.

Ia selaras dengan perintah Allah SWT dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam penghayatan kehidupannya.

Pasal itu dalam mendidik anak-anak, kita jangan takut untuk menghantar anak-anak kita ke sekolah-sekolah berteraskan pendidikan akhlak dan agama kerana di situ mereka di didik dengan akhlak mulia yang mungkin kita sebagai ibu bapa tak sempat nak didik anak sendiri atas urusan pekerjaan dan keduniaan.

* Gambar kereta di atas adalah gambar hiasan sahaja



Post a Comment

0 Comments