About Me

header ads

Analog Digital Dual Time.... terkenang semasa aku kecil dulu

 

Terlihat jam Analog Digital Dual Time Casio ini terkenang aku zaman aku sekolah rendah dulu, kawan abang aku Zainal (orang panggil dia Zainal Buntal). Dia juga kawan aku kerana hampir semua kawan abang aku adalah kawan aku, walaupun kawan abang aku Tolek @ Khalid (nama sebenarnya Ali bin Mohamad) 3 tahun lebih tua daripada aku.

Zainal ini adalah permain dam paling 'terer' di kalangan genarasi aku dan pencabar terdekat dia adalah aku. Jadi kami pernah main dam daripada selepas solat zohor di surau hingga sambung solat asar. Belum sempat nak sambung Tolek datang tarik telinga aku kerana mak cari untuk makan tengah hari.

Kami juga penah main dam sampai pagi di bawah lampu jalan....

Zainal ini sudah meninggal dunia, dia mati awal tak sempat kahwin sama dengan abang aku yang ketiga abang kepada Tolek, Mezah (Hamzah) mati awal tak sempat 'kawin'.

Zainal dulu dia 'gong' (bermegah) dengan jam baharunya Citizen anal dua time, macam Casio ini. Masa tu harganya dah mencecah $200 ++ ringgit. Aku aku macam teriur juga tapi sekadar simpan dalam hati.

Bila ku lihat dalam Shopee ada Casio ini dan murah pula, aku beli aje sebab saja nak rasa kenangan lama dulu yang tak sempat aku nak rasa... Rupa Allah masih bagi kesempatan aku pakai walaupun selepas lebih 40 tahun.


Bila aku beli jam ini aku tunjuk kepada abang aku, "Lek ingat dok jam Zainal Buntal?"... Dia ingat dia minta ku belikan untuknya satu.


 Jam dengan jaminan setahun, ada cap kedai pada kad jaminan. Sangat berbaloi. Harga pun murah (sengaja aku tak nak sebut harga pasal isteri aku baca artikel ini.. he he, biar dia suspen)

Ada peribahasa Alah membeli menang memakai
rasa sangat sesuai dengan jam ini.

Lama tak tulis mengarut dalam blog aku..
Jadi aku nak menulis semula. Aku mula dengan artikel ini.







Post a Comment

0 Comments