About Me

header ads

Tak lama lagi “Admin” boleh Padam Mesej Dari Sesiapa Pada Whatsapp Groups


Tak lama lagi WhatsApp Group, akan ada kebolehan admin untuk memadam mesej yang dihantar oleh ahli dalam sesuatu WhatsApp Groups. Walaupun sangat ketinggalan berbanding dengan Telegram kemuduhan sangat dinanti-nanti kerana spam daripada ahli group tak boleh dipadam melainkan admin hanya boleh remove sahaja ahli berkenaan. Tidakkan ini tidak menyelesaikan masalah post yang telah dibuat.

Berbanding dengan Telegram Admin boleh padam post, boleh restrict ahli untuk beberapa tempoh tertentu. Malah Telegram ada bot yang boleh mengawal post yang tak dikehendaki.

Aku tak boleh kutuk banyak sangat pasal whatsapp nanti cg Zam marah pula kepada aku. Jadi boleh baca berita kemungkinan whatsapp ada fungsi ini. Ingat tu kemungkinan sebab masih dalam percubaan lagi... nak gelak pun tak berani.

..............

WhatsApp Kelak Akan Membolehkan “Admin” Padam Mesej Dari Sesiapa Pada Whatsapp Groups

Diterbitkan pada 19 Dis 2021. oleh .

WhatsApp kini dilihat akan menawarkan salah satu ciri yang dinantikan ramai pentadbir WhatsApp Group, iaitu kebolehan untuk memadam mesej yang dihantar oleh ahli dalam sesuatu WhatsApp Groups.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pengurusan mesej yang dikongsi dalam sesuatu WhatsApp Group, dan elak sebarang mesej yang tidak diingini dikongsikan dalam tetingkap sembang berkumpulan.

Mesej yang dipadam juga akan dilabelkan sebagai telah dipadam oleh pentadbir kumpulan berkenaan.

Buat masa ini, menurut WABetaInfo, ia masih pada peringkat pembangunan dan dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi kepada semua.

Post a Comment

0 Comments