About Me

header ads

Semua Chat Whatsapp Baharu Dipadam Secara Automatik


Misal ada orang minta password, kita pun hantar melalui whatsapp. Kita harap selepas itu password yang kita hantar itu dipadamkan. Kita boleh set "Disappearing Messages" dengan itu hantaran kita akan dipadam secara automatik selepas 7 hari. 7 hari lambat juga, tapi sekurang-kurangnya dipadam. Fungsi ini agak bagus.

.................................

WhatsApp
sedia menawarkan ciri “Disappearing Messages”, dimana pengguna boleh mengaktifkan ciri ini untuk perbualan individu, dan sesuatu mesej berkenaan akan hilang selepas tempoh 7 hari pada kedua-dua pihak.

Kini, hari ini WhatsApp mengemaskini penawaran berkenaan, dimana pengguna boleh melakukan tetapan kekal, sekaligus membuatkan semua perbualan WhatsApp yang baharu dimulakan untuk mengaktifkan ciri mesej yang hilang secara automatik.

Selari pengenalan ciri ini, kini pengguna turut boleh menetapkan supaya mesej hilang sama ada selepas 24 jam, 7 hari atau 90 hari.

Dengan langkah ini, anda tidak lagi perlu menyimpan mesej perbualan dengan seseorang itu untuk tempoh lama atau mengarkib pada peranti – sebaliknya mesej boleh hilang secara automatik.

Pengguna juga turut boleh membuat tetapan individu untuk setiap tetingkap perbualan supaya tidak memadam sesuatu mesej.

Bagi anda, adakah anda akan mengaktifkan ciri “Disappearing Messages” ini secara kekal untuk semua perbualan baharu?

Post a Comment

0 Comments