About Me

header ads

Sekolah di Johor, Terengganu dibuka 7 Nov, kata KPM


PETALING JAYA:
Institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Johor dan Terengganu akan mula beroperasi mulai 7 Nov.

KPM dalam kenyataan berkata, ia susulan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan dua negeri berkenaan akan beralih dari Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa 4 bermula esok.

“KPM telah menetapkan bahawa jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian adalah mengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut.

“Pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi negeri Johor dan Terengganu terus beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa 3 PPN pada 25 Oktober 2021,” katanya.

KPM berkata, sekolah kerajaan bawah KPM di dua negeri berkenaan bagaimanapun hanya akan memulakan operasinya pada 8 Nov susulan 7 Nov adalah cuti sempena Deepavali.

Katanya, ia turut melibatkan kemasukan bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah serta murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 sekolah menengah.

Bagaimanapun, institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM beroperasi mengikut takwim masing-masing.

“Kehadiran murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) sekolah rendah serta kelas peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sekolah menengah bagi negeri Johor dan Terengganu akan bermula pada 14 Nov, iaitu seminggu selepas negeri-negeri tersebut memulakan pengoperasian berdasarkan ketetapan Fasa 4 PPN.”

Dalam pada itu, KPM berkata, ketetapan tarikh pengoperasian itu turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah kementerian itu bagi kategori sekolah dan kategori pusat. - FMT

Post a Comment

0 Comments