About Me

header ads

Ramai yang tak faham SOP Mengadakan kaunter di pintu masuk Masjid/Surau

 


Bila kita ke Masjid/Surau kita dapati hanya satu pintu sahaja dibuka. Kalau surau ok lagi pasal kawasan kecil tapi kalau masjid nak kena pusing apatah lagi masjid yang ada 2 atau 3 pintu pagar.

Aku kalau hanya buka satu pintu sahaja, maaf cari masjid atau surau lain sehingga AJK masjid buka semua pintu baru aku pergi.

SOP yang dikeluarkan adalah;

Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran Jemaah;

Dalam SOP itu bukan suruh AJK masjid buka satu pintu sahaja sehingga menyusahkan jamaah nak datang. Bayangkan parking kereta disebelah kanan, tapi kena masuk sebelah kiri. Maknanya kena tawaf separuh pusingan baru boleh masuk.

Dalam SOP itu menyatakan menghadkan bilangan pintu masuk ini kerana pintu masuk masjid kadang kala banyak, depan, belakang, kiri kanan. Misalnya kita ke Masjid Madinah kita masuk pintu 21 pasal di situ ada kuliah Indonasia selepas Subuh. 

Masjid Pak Sabah, Dungun

Kalau masjid besar, sebaik-baik ada 2 atau 3 pintu masuk yang disediakan pemeriksaan suhu, sanitasi tangan dan rekod kehadiran.

Masjid Pak Sabah Dungun - Padangan Atas

Aku puji Masjid Pak Sabah Dungun, pintu masuk  ada 2 atau 3. Pemeriksaan suhu, sanitasi tangan dan rekod kehadiran diletakkan ditengah-tengah masjid ini membuatkan jamaah masuk pintu mana pun mereka boleh menjalankan SOP dengan baik.


Masjid dan surau boleh dibuka kepada orang awam dengan SOP lebih teratur berserta penerangan jelas. Lihat sahaja contoh pembukaan semula Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kepada orang awam, patut dicontohi. Bilangan jemaah ditetapkan mengikut keluasan masjid. Tempat itu paling sibuk dan pling berisiko tetspi mereka boleh mengendalikan dengan baik mengikut SOP.

Peranan masjid tidak boleh hanya tertumpu kepada ibadah khusus seperti solat dan bacaan al-quran semata-mata, tapi harus diperluaskan lagi merangkumi keperluan yang lain dalam masyarakat. Semasa pendamik ini kita jangan terlalu panik sehingga apa-apa tak boleh buat. Sedangkan kita bebas di kedai makan. Bersesak-sesak di pasar. Tapi bila masjid kita menyusahkan pula.

Buka bermakna aku tak setuju SOP di masjid atau surau tetapi memahami SOP itu secara bijaksana. Ada masjid yang design asalnya untuk kegunaan pendingin hawa. Bila pendemik covid-19 ini maka mereka panik dan tak buka pendingin hawa kerana mengelakkan kelembapan. Jadi kesihan jamaah yang berjubah.

Kemana kita pergi, misalnya melancung dan berjalan-jalan, bila masuk waktu kita akan ke masjid atau surau untuk solat. Pertama kita sampai kita tak cari mimbar masjid... kita akan cari tandas. Ada juga masjid yang kunci tandas...

Itu akan aku sambung lain kali






Post a Comment

0 Comments